SUKARELAWAN UPMKB SEMARAKKAN BREAST CANCER AWARENESS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » SUKARELAWAN UPMKB SEMARAKKAN BREAST CANCER AWARENESS

SUKARELAWAN UPMKB SEMARAKKAN BREAST CANCER AWARENESS

SUKARELAWAN UPM KAMPUS BINTULU SEMARAKKAN BREAST CANCER AWARENESS

Sukarelawan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dibawah program Putra Volunteer Borneo 3.0 sekali lagi mengorak langkah dalam menjadi sukarelawan seramai 74 orang bagi program kesedaran kanser payudara anjuran Columbia Asia Hospital dengan jalinan kerjasama NAIM Group, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Program ini dijalankan di Paragon Mall selama satu hari dan antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ceramah kesihatan daripada konsultan Hospital Columbia Asia, kempen derma darah dan ‘Walk In Pink’. Beberapa tapak pameran dan gerai juga telah disediakan oleh pihak penganjur untuk dikunjungi orang ramai.

Program ini telah memberi banyak kesedaran dan maklumat kepada masyarakat setempat tentang bahayanya kanser payudara. Di samping itu, program ini juga telah memberikan impak yang positif terutama dari aspek kemahiran insaniah terhadap para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.

#PutraVolunteerBorneo3.0
#TogetherWeFlyHigh
#Mahasiswauntukmasyarakat
#Mppcare
#Berilmuberbakti
#UniversitiPutraMalaysiaKampusBintuluSarawak

 

 

Date of Input: 23/10/2017 | Updated: 23/10/2017 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1576080221