'Smart Partnership’ UPMKB Dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » 'Smart Partnership’ UPMKB dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS)

'Smart Partnership’ UPMKB dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS)

Syabas diucapkan kepada Yang Berbahagia Dekan FSPM, Prof Madya Dr Shahrul Razid bin Sarbini dan Yang Berusaha En. Fakhzan Hj Buang kerana berjaya mendapat projek kerjasama ‘smart partnership’ antara UPM Kampus Bintulu dengan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) yang merupakan sebuah agensi kerajaan negeri di bawah Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Kerjasama ini melibatkan pihak TEGAS bersama warga UPMKB, komuniti setempat, agensi kerajaan, industri serta pakar dari dalam dan luar negara. Memfokuskan kepada pembangunan ekonomi digital, transformasi modal insan, e-keusahawan , pendidikan dan pembangunan sosial, kerjasama ini dilihat mampu memberi impak yang besar kepada UPMKB sebagai hub pengajian tinggi bertaraf antarabangsa di rantau Borneo dan Asia Tenggara.

Satu pusat gerakan yang diberi nama Digital Innovation Hub telah diwujudkan oleh agensi TEGAS dalam memperkasakan pelan pembangunan digital ekonomi Sarawak dan pembangunan sosial tempatan. Ruang hub ini akan diguna pakai untuk pelbagai program dan projek oleh pihak TEGAS, SMA dan kerajaan negeri. Hanya terdapat 3 cawangan hub ini di Sarawak iaitu berpusat di Kuching, Miri dan yang terbaru adalah di Bintulu.

Berita baik juga kepada warga pelajar UPMKB yang akan diberi peluang untuk menggunakan kemudahan di Digital Innovation Hub yang bertempat di Paragon Mall, Bintulu. Ruang yang sangat kondusif ini dapat digunapakai untuk aktiviti bengkel, program keusahawanan, pembelajaran, mesyuarat, ceramah, pusat kreativiti dan sebagainya. Peluang latihan industri, kursus dan bengkel keusahawan serta khidmat sukarelawan juga akan dibuka kepada warga pelajar UPMKB.

#teamUPMKB #UPMKB_Terus_Maju #TEGAS #SMA #2019


























Date of Input: 04/12/2018 | Updated: 04/12/2018 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaDAZ~