PUTRA@LIPIS: JOM BIJAK MATEMATIK, SAINS DAN TEKNOLOGI (SIRI 1 & 2) 2018 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » PUTRA@LIPIS: JOM BIJAK MATEMATIK, SAINS DAN TEKNOLOGI (SIRI 1 & 2) 2018

PUTRA@LIPIS: JOM BIJAK MATEMATIK, SAINS DAN TEKNOLOGI (SIRI 1 & 2) 2018

Benta, Pahang - Pendidikan awal kanak-kanak terutama untuk pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik perlu dilaksana di peringkat awal. Pendidikan awal kanak-kanak membolehkan kanak-kanak membina asas pembelajaran dan perkembangan minda, membantu dalam perkembangan pemikiran kritis dan penaakulan, meningkatkan minat kanak-kanak tehadap bidang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, mengembangkan minda ingin tahu dan memberikan pengalaman yang meluas kepada kanak kanak mengenai dunia. Projek ini akan melibatkan tiga modul utama iaitu modul Matematik, Sains dan Teknologi. Projek ini melibatkan murid sekolah rendah Daerah Lipis dan dijangka mampu memberi lonjakan prestasi akademik dan minat murid terhadap subjek berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Sehubung itu, projek Putra@Lipis: Jom Bijak Matematik, Sains dan Teknologi yang diketuai oleh Dr. Shafinah Binti Kamarudin daripada Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak memberi penekanan terhadap pendidikan awal kanak-kanak berasaskan subjek Matematik, Sains dan Teknologi. Projek ini turut disertai oleh Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik dan Dr. Mohd Amiruddin Abd Rahman daripada Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia sebagai ahli akademia bersama. Kerjasama kedua-dua fakulti ini membuka ruang kepada mahasiswa peringkat diploma sehingga ke pasca siswazah untuk menjayakan projek ini. Seramai 16 orang fasilitator terlibat semasa pelaksanaan Putra@Lipis (Siri 1) dan 8 orang fasilitator telah terlibat semasa pelaksanaan Putra@Lipis (Siri 2).

Projek ini telah dijalankan sebanyak dua siri iaitu Siri 1 tertumpu pada pendedahkan berkaitan modul program dan Siri 2 lebih kepada penaksiran. Berikut adalah butiran projek:

Putra@Lipis: Jom Bijak Matematik, Sains dan Teknologi (Siri 1)
Tarikh​​: 4 dan 5 April 2018
Masa​​: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat​: SK Tanjung Besar, Benta, Pahang

Putra@Lipis: Jom Bijak Matematik, Sains dan Teknologi (Siri 2)
Tarikh​​: 16 Ogos 2018
Masa​​: 8.15 pagi – 5.00 petang
Tempat​: SK Chat, Benta, Pahang

Secara keseluruahnnya, 85% murid telah terlibat dalam projek ini daripada tujuh buah sekolah iaitu SK Benta, SK Budu, SK Tanjung Besar, SK Chat, SK Jerangsang, SK Kemahang dan SK Batu 13. Murid didapati telah terlibat secara aktif dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang.

Ucapan terima kasih kepada En. Hassan Basri bin Shamsuddin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Benta, Pahang dan Pn. Kamsinah Kamarudin, Guru Besar, SK Chat yang telah berusaha menjayakan projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang terlibat dalam projek ini. Projek ini turut disokong oleh Pejabat Pendidikan Negeri Pahang dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Universiti Putra Malaysia yang telah memberi pendanaan menerusi Knowledge Transfer Grant Scheme, untuk pelaksanaan projek ini dalam tempoh setahun (1 Mac 2018 sehingga 1 Mac 2019). Semoga usaha untuk menjayakan projek komuniti sebegini terus mendapat sokongan dan pendanaan daripada agensi kerajaan, swasta, pengilbatan warga pendidik, mahasiswa universiti, ibu bapa dan orang awam.

Berilmu Berbakti





Date of Input: 17/12/2018 | Updated: 19/12/2018 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
B1566402268