PROGRAM SEMINAR PENJANAAN EKONOMI CAREER STARTER FOR YOUTH (CS4Y) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » PROGRAM SEMINAR PENJANAAN EKONOMI CAREER STARTER FOR YOUTH (CS4Y)

PROGRAM SEMINAR PENJANAAN EKONOMI CAREER STARTER FOR YOUTH (CS4Y)

Seminar Penjanaan Ekonomi Career Starter for Youth (CS4Y) telah diadakan pada 18 Jun 2022 (Sabtu) bertempat di Dewan Kuliah Pusat 2A, UPM Kampus Bintulu anjuran Institut Pembangunan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMKB.
 
Matlamat program seminar ini sebagai satu inisiatif membangunkan Kemahiran Insaniah kepada pelajar-pelajar UPMKB untuk pembangunan kerjaya pada masa akan datang. Ilmu kemahiran insaniah ini akan menjadi titik permulaan dan panduan kepada pelajar UPMKB dalam mengenali dan menyerlahkan potensi diri pelajar. Seramai 120 orang pelajar terlibat dalam program ini melibatkan pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusa dengan Pengurusan, Diploma Perikanan dan Diploma Pembangunan Manusia. Tiga (3) slot dalam pengisian program ini iaitu 9 Prinsip, Yes or No dan Success Stories/Job Creator. Program Seminar CS4Y ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamad Maulana bin Magiman, Dekan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, UPMKB
 
Terima kasih dan penghargaan kepada pihak i-LEAD dan Tahniah kepada Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains atas penganjuran program Seminar CS4Y.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 20/06/2022 | Updated: 20/06/2022 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
CVGcNAX:13:29