Program Putra Bakti @Science Explore (PSE2017) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » Program Putra Bakti @Science Explore (PSE2017)

Program Putra Bakti @Science Explore (PSE2017)

Program Putra Bakti @ Science Explore yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak Bintulu dianjurkan oleh QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 1 dan 2) 2017/2018-1 dikendalikan oleh Fasilitator Dr. Juriah Kamaludeen dan En. Roslan Ismail adalah sebagai satu usaha untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti, berdaya saing dan cemerlang dalam bidang akademik tetapi turut mempunyai berkemahiran yang tinggi dalam mengaplikasikan kemahiran insaniah dalam kehidupan seharian. Oleh itu, salah satu langkah ke arah merealisasikan matlamat ini ialah melalui aktiviti yang mampu memberikan ilmu pengetahuan daripada segi pengurusan sesuatu program tetapi juga dapat memupuk nilai kerjasama dan persefahaman dalam diri mahasiswa antara satu sama lain.

Putra Bakti @ Science Explore membawa satu makna aktiviti pembelajaran secara ilmiah dalam dunia sains moden yang bakal diilustrasikan kepada mata dan minda para pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak Bintulu. Program ini juga akan dapat menarik minat para pelajar untuk lebih mendalami ilmu sains dan mengimplementasikannya dalam kehidupan seharian pelajar. Bukan itu sahaja, aktiviti di dalam program ini juga mampu untuk merangsang minda para pelajar supaya berfikiran lebih kreatif dan kritis sekaligus dapat membentuk semangat kerjasama yang baik di antara para pelajar dan masyarakat luar. Selain itu, program ini akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap para pelajar mengenai ilmu sains di mana pelajar-pelajar mula untuk meminati bidang sains kerana aktiviti yang dilakukan dapat merangsang minda para pelajar.

Program ini akan berlangsung selama 3 hari dan bertempat di Sekolah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak Bintulu. Setiap mahasiswa dan mahasiswi yang berjawatan ditugaskan supaya melaksanakan tugas  masing-masing dan saling tolong-menolong dalam menguruskan program ini. Oleh itu, mahasiswa dan mahasiswi diharapkan agar dapat memberikan kerjasama dan menjalankan amanah yang diberikan dengan tuntasnya.

Di samping itu, program seperti ini dapat memberi peluang kepada para pelajar kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 1 dan 2) memperkasakan kemahiran insaniah sepanjang program ini berlangsung yang amat mementingkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi. Tambahan pula, para pelajar dapat mempraktikkan kebolehan dalam menyelesaikan masalah dengan baik ketika menghadapi sebarang masalah dan cabaran semasa program sedang berlangsung.

Justeru, diharapkan dengan adanya sokongan dan kerjasama yang padu daripada pelbagai pihak samada daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB 2017/2018 dan pelajar QKK2101 Bakti Siswa mahupun guru besar Sekolah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak Bintulu, Program Putra Bakti @ Science Explore dapat mencapai matlamatnya demi meningkatkan kemahiran insaniah para pelajar khususnya di UPMKB.

Date of Input: 28/08/2017 | Updated: 29/08/2017 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
B1566802762