Program Jaringan Komuniti Antara Persatuan Suara Anak Landung Ayang Kudat Bersama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » Program Jaringan Komuniti Antara Persatuan Suara Anak Landung Ayang Kudat Bersama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Program Jaringan Komuniti Antara Persatuan Suara Anak Landung Ayang Kudat Bersama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Program Jaringan Komuniti Antara Persatuan Suara Anak Sejagat Landung Ayang Kudat Bersama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

21 Februari 2016 – Persatuan Suara Anak Sejagat Landung Ayang (SASLA) bersama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan Program Jaringan sebagai satu usaha untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM daripada Kudat, Sabah untuk mengenali secara rapat tentang kehidupan mahasiswa di pusat pengajian tinggi. Program ini merupakan satu platform untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan mempunyai nilai murni serta secara tidak langsung akan menambah baik taraf kehidupan komuniti di Kudat, Sabah melalui saluran pendidikan.

Program ini telah diusaha oleh En. Azani@Am Bin Mahadi (SASLA) dan Dr. Shafinah Binti Kamarudin (UPMKB).
Program ini telah berlangsung pada 17 Februari sehingga 20 Februari 2018. UPMKB dipilih sebagai destinasi utama lawatan berikutan dengan penawaran program di kampus yang memberi fokus terhadap sektor pertanian. Seramai 30 pelajar lepasan SPM, 15 orang ahli SASLA, 70 orang mahasiswa UPMKB dan 9 orang staf UPMKB terlibat dalam program ini. Aktiviti yang terlibat sepanjang program adalah lawatan ke PERYATIM Bintulu, lawatan sekitar kampus UPMKB, Program Jom Masuk UPMKB, Football & Netball Friendly Match dan Malam Jalinan Mesra. Ceramah berkaitan UPMKB telah dikendalikan oleh Dr. Ribka Alan, En. Philip Lepun dan En Zaidi bin Talip. Lawatan sekitar UPMKB telah dikendalikan oleh pihak Taman Pertanian Universiti, UPMKB.

Menurut saudara Muhammad Afiq Hamidi Bin Azani, selaku pengarah program telah menyatakan bahawa program ini memberi banyak manfaat kepada peserta dan mahasiswa UPMKB. Melalui program ini, peserta memperoleh ilmu pengetahuan dan pengalaman yang amat bernilai untuk diguna di dalam alam pengajian tinggi kelak. Setinggi-tinggi penghargaan kepada AMN Creative Centre, Brocetak Trading dan Farley Supermarket yang telah menaja program ini. Akhir kata, semoga usaha kerjasama antara pihak SASLA dan UPMKB dapat diteruskan di masa yang akan datang sebagai satu usaha untuk meningkat taraf hidup masyarakat di Kudat, Sabah.

Date of Input: 08/03/2018 | Updated: 12/03/2018 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1576298112