'PLOGGING' URGE UPM BINTULU STUDENT TO BE MORE RESPONSIVE | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » 'PLOGGING' URGE UPM BINTULU STUDENT TO BE MORE RESPONSIVE

'PLOGGING' URGE UPM BINTULU STUDENT TO BE MORE RESPONSIVE


BINTULU - Seramai 60 orang mahasiswa Diploma Perhutanan semester 4 dan Diploma Pertanian semester 6 Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu bersama-sama Penolong Pendaftar Kanan, Kolej Sri Rajang, Rosidah Basir telah mengadakan khidmat bakti iaitu pembersihan kawasan di kawasan Sungai Plan Lot, Bintulu, baru-baru ini.

Ia merupakan aktiviti pertama 'plogging' atau lebih dikenali sebagai berjalan sambil memungut sampah di kawasan sekeliling mereka. Pegawai dari Kampus Serdang, Rafidah Sadarudin berkata, mahasiswa UPM Bintulu yang terlibat akan berjalan sambil memunggut sampah di kawasan sekeliling mereka.

Katanya, ia juga memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya untuk mementingkan kebersihan yang merupakan asas utama dalam kehidupan seharian. “Malah mahasiswa juga diberi pendedahkan dengan senario di luar kelas untuk sama-sama merasai dan memberi nilai tambah dalam diri ke arah kebaikan perkembangan diri.

“Besar harapan kami selaku penganjur dan peserta program ini agar aktiviti plogging ini memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak membuang sampah di kawasan yang bukan sepatutnya,” katanya.

 

Mahasiswa UPM Bintulu mengutip sampah di kawasan sasaran.

Rafidah berkata, program itu juga bertujuan untuk melatih mahasiswa untuk lebih peka keadaan semasa serta meningkatkan mutu komunikasi ketika kerja berkumpulan dilaksanakan serta dapat melahirkan mahasiswa yang bersifat kesukarelawanan yang tinggi.

Dalam pada masa sama,menurutnya, ia juga bertujuan untuk melatih mahasiswa untuk lebih peka keadaan semasa serta meningkatkan mutu komunikasi ketika kerja berkumpulan dilaksanakan serta dapat melahirkan mahasiswa yang bersifat kesukarelawanan yang tinggi.

“Penganjuran program ini juga dapat menjadi pendorong kepada individu lain untuk bersama-sama dalam aktiviti kesukarelawan ini,”katanya.

Date of Input: 19/02/2019 | Updated: 20/02/2019 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZAA4~