NORMA BAHARU - UPMKB ANJUR MAJLIS IKRAR DAN AKU JANJI SECARA ATAS TALIAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » NORMA BAHARU - UPMKB ANJUR MAJLIS IKRAR DAN AKU JANJI SECARA ATAS TALIAN

NORMA BAHARU - UPMKB ANJUR MAJLIS IKRAR DAN AKU JANJI SECARA ATAS TALIAN

Bintulu - Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) baru - baru ini telah melaksanakan Majlis Ikrar dan Aku Janji bersempena Program Minggu Perkasa Putra (MPP) Sesi Akademik 2021/2022 (Ambilan Diploma & Persediaan Diploma Sains) yang bermula pada 2 hingga 6 Ogos 2021 yang lalu. Majlis yang sebelum ini kebiasaannya dilaksanakan dengan penuh meriah di dewan besar telah diadakan secara atas talian pada kali ini khusus untuk mengalu - alukan kedatangan pelajar baharu ke UPMKB. Selain itu, ianya juga merupakan salah satu simbolik yang menunjukkan seseorang individu secara rasminya menjadi pelajar UPM.

Majlis yang telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM) ini telah dihadiri oleh lebih 200 orang pelajar baharu dan turut dihadiri oleh Timbalan - Timbalan Naib Canselor UPM, Jawatankuasa Pengurusan UPMKB, serta pegawai - pegawai akademik dan bukan akademik UPMKB. Menurut Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPMKB, majoriti pelajar baharu bagi sesi akademik pada kali ini masih berada di rumah masing - masing dan sesi pengajaran & pembelajaran buat masa ini akan dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya sehingga arahan terkini diumumkan oleh pihak berwajib. „Ini adalah salah satu usaha UPM untuk menyokong usaha kerajaan memutuskan rangkaian Covid - 19 selain mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah diwartakan‟, tambah beliau lagi.

Sebanyak 15 slot keseluruhannya telah dilaksanakan sepanjang MPP pada kali ini. Kesemua pengisian adalah menjurus kepada maklumat penting yang perlu diketahui oleh setiap pelajar seperti hal ehwal akademik, urusan permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), bantuan kewangan dan zakat dan sebagainya‟, ujar Mohamad Syukri Mohamad Adnan, Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA), UPMKB merangkap Penyelaras MPP pada kali ini.

“Pihak HEPA, UPMKB ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Pengelola dan seluruh warga UPMKB atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan MPP pada kali ini. Tidak lupa juga kepada barisan Fasilitator Universiti (FU) yang terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Perwakilan Kolej atas khidmat bakti yang dicurahkan. Jadikan pengalaman anda sebagai FU ini sebagai sesuatu yang bermakna dan menjadi nilai tambah kepada diri anda apabila memasuki ke alam pekerjaan kelak”, ujar Dr. Kamil Latif, Pengetua Kolej / Ketua HEPA, UPMKB.


(YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman Naib Canselor Universiti Putra Malaysia)

Date of Input: 09/08/2021 | Updated: 09/08/2021 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BUJUKAy:10:56