JOM BERAMBEH 2.0 @ IRAN SUAI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » JOM BERAMBEH 2.0 @ IRAN SUAI

JOM BERAMBEH 2.0 @ IRAN SUAI

Program Jom Berambeh 2.0 @ Iran Suai telah dijalankan di Kampung Iran Suai, Niah dan merupakan anjuran Sekretariat Kebajikan, Perpaduan dan Jaringan Komuniti, Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2018/2019. Program ini bertujuan mentransformasi ilmu, membina semangat kepimpinan dan memantapkan integrasi di kalangan pelajar universiti dan belia setempat.

Program ini telah dijalankan pada 2 hingga 6 februari 2019 (Sabtu hingga Rabu) dan melibatkan 40 orang pelajar yang terdiri daripada semua Ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2018/2019 dan sukarelawan dari kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berjalan adalah slot Knowledge Exchange dimana pelajar dan penduduk kampung saling berkongsi ilmu antara satu sama lain, bengkel Super Study bersama pelajar sekolah sekitar kampung, gotong royong dan pembinaan wakaf di tanah perkuburan Kampung Iran Suai dan slot Renewable Energy iaitu pemasangan solar di jeti kampung serta taklimat yang disampaikan berkenaan solar. Program ini diakhiri dengan sukaneka dan majlis lambaian kasih bersama penduduk kampung.

Date of Input: 12/02/2019 | Updated: 13/02/2019 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUTAy~