Fish-4-Life Organised By PETRONAS And UPMKB Will Help Fishermen In Sarawak To Sustain Their Living | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » Fish-4-Life organised by PETRONAS and UPMKB will help fishermen in Sarawak to sustain their living

Fish-4-Life organised by PETRONAS and UPMKB will help fishermen in Sarawak to sustain their living

Fish-4-Life anjuran PETRONAS bantu kelangsungan hidup nelayan di Sarawak - Hasil tangkapan yang berkurangan dan nelayan yang tidak dapat keluar menangkap ikan pada musim tengkujuh menyukarkan kelangsungan hidup keluarga nelayan yang bergantung secara terus pada hasil tangkapan ikan.

Kesukaran hidup yang terpaksa dihadapi nelayan setiap tahun ini kini bakal berubah dengan wujudkan kursus penternakan ikan, Fish-4-Life anjuran PETRONAS dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bintulu.

Seramai 126 para peserta yang terdiri daripada kalangan nelayan dari Kuala Nyalau, Kuala Tatau, Jepak, Sebauh and Similajau melalui kursus intensif dua hari mempelajari teknik pembenihan ikan yang dapat membantu mereka menghasilkan benih ikan sendiri di kolam atau tangki, jesteru meningkatkan penghasilan ikan serta pendapatan sepanjang tahun tanpa perlu terikat dengan keadaan cuaca atau gelora laut.

Kursus ini memberikan pendekatan holistik kepada para nelayan di mana ilmu yang dikongsi dapat memupuk minat serta pengetahuan yang dapat digunakan sebagai asas penternakan dan perniagaan ikan. Para nelayan dapat menghasilkan ikan yang besar untuk dipasarkan ataupun menjual hasil benih ikan yang boleh menjana hasil pendapatan secara berterusan.

Date of Input: 03/05/2018 | Updated: 03/05/2018 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdWAC~