BENGKEL PHOTOSHOP 2018 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » BENGKEL PHOTOSHOP 2018

BENGKEL PHOTOSHOP 2018

07 Oktober 2018- Bengkel Photoshop telah diadakan pada 29 September 2018 (Sabtu) dan bertempat di Makmal Bahasa, Jabatan Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak. Bengkel ini terbuka khas untuk ahli Kelab Agribiz dan disertai oleh 20 orang peserta.

Objektif Bengkel Photoshop adalah :-

• Menambah pengetahuan am berkaitan teknologi yang terdapat dalam photoshop.
• Meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.

Bengkel Photoshop ini telah dikendalikan oleh saudara Mohammad Luqmanurhakim bin Mohammad Hairussaid, pelajar Diploma Perniagaantani Semester 5. Pengarah Bengkel Photoshop iaitu saudara Ahmad Ridzwan bin Ghazali menekankan prinsip “Tuntutlah ilmu daripada pelbagai cara demi mencapai kemajuan dalam diri”. Oleh itu, penganjuran bengkel ini mampu membantu dan mendidik pelajar lebih mahir dalam bidang teknologi maklumat dan perkomputeran melalui pendekatan praktikal dan pembelajaran secara aktif.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Sains Sosial yang menyokong penganjuran bengkel ini. Ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat untuk menjayakan pelaksanaan bengkel ini.




 

Date of Input: 08/10/2018 | Updated: 08/10/2018 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETTAx~