BENGKEL BIJAK BELAJAR SAHSIAH TERBAIK (BeST) 2.0 TAHUN 2019 BANTU PELAJAR TINGKAT KECEMERLANGAN AKADEMIK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » BENGKEL BIJAK BELAJAR SAHSIAH TERBAIK (BeST) 2.0 TAHUN 2019 BANTU PELAJAR TINGKAT KECEMERLANGAN AKADEMIK

BENGKEL BIJAK BELAJAR SAHSIAH TERBAIK (BeST) 2.0 TAHUN 2019 BANTU PELAJAR TINGKAT KECEMERLANGAN AKADEMIK

BINTULU: Baru-baru ini, Seksyen Kaunseling, Kebajikan dan Pembangunan Pelajar (SKKP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Bengkel BeST 2.0 2019 yang telah disertai oleh pelajar-pelajar Persediaan Diploma dan Diploma UPMKB.

Program yang telah dijalankan di Dewan Sidang, UPMKB ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam dan turut memberikan penekanan kepada sahsiah pelajar selain daripada akademik. Para pelajar yang menyertai juga turut diajar tentang kepentingan membina matlamat menggunakan pendekatan SAMIC melalui Teori Pilihan yang dipelopori oleh William Glasser, ahli Psikologi Barat.

Program ini turut dibantu oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) UPMKB dan sesi ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohammad Saufi bin Mohammad Ramli, Pensyarah dari Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan dan Puan Hairunisah binti Abdul Rahman, Pegawai Psikologi UPMKB.


Barisan Fasilitator Bengkel BeST 2.0 2019 yang turut membantu.



Slot ceramah Kaedah Belajar Berkesan Mengikut Subjek oleh Encik Mohammad Saufi bin Mohammad Ramli.



Antara aktiviti Latihan dalam Kumpulan yang dijalankan sepanjang Bengkel BeST 2.0 2019.

 

Date of Input: 18/12/2019 | Updated: 18/12/2019 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1579522846