Bengkel Asas Ms Word Dan Ms PowerPoint 2016 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » Bengkel Asas Ms Word dan Ms PowerPoint 2016

Bengkel Asas Ms Word dan Ms PowerPoint 2016

Peserta Bengkel Ms Word dan Ms PowerPoint


15 Disember 2016 - Bengkel Asas Ms Word dan Ms PowerPoint telah dianjurkan oleh Jabatan Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Bintulu Sarawak. Bengkel ini telah diadakan pada 15 Disember 2016 (Khamis) bertempat di Makmal Bahasa, Jabatan Sains Sosial, UPMKB bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 30 orang pelajar sekolah rendah di sekitar Bintulu telah terlibat dalam bengkel.

Bengkel ini dilaksana melalui pendekatan ceramah dan latihan praktikal di makmal komputer. Pengisian bengkel tertumpu kepada asas penggunaan perisian Ms Word dan Ms PowerPoint yang dikendali oleh Dr. Shafinah Kamarudin dan Dr. Aryaty Alwie sebagai penceramah. Pengendalian bengkel ini turut dibantu dengan penglibatan ahli jawatankuasa dan mahasiswa UPMKB.

Diharap peserta dapat memanfaat ilmu yang diperolehi melalui modul asas Ms Word dan Ms PowerPoint. Selain itu, jaringan kerjasama antara pihak UPMKB dan pihak Pejabat Residen Bahagian Bintulu dapat diperkukuh dalam melaksana pemindahan ilmu kepada masyarakat setempat. Sekalung penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
B1566805293