BANK RAKYAT SUMBANG ZAKAT RM30,000.00 KEPADA PELAJAR UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » BANK RAKYAT SUMBANG ZAKAT RM30,000.00 KEPADA PELAJAR UPMKB

BANK RAKYAT SUMBANG ZAKAT RM30,000.00 KEPADA PELAJAR UPMKB

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menerima sumbangan zakat daripada Bank Rakyat sebanyak RM30,000.00. Sumbangan ini diberikan bertujuan untuk membantu pelajar UPMKB yang kurang berkemampuan. Sesi Penyerahan Sumbangan Zakat ini telah diadakan pada 23 November 2021 (Selasa) di Pejabat Bank Rakyat Bintulu.

Turut hadir semasa sesi penyerahan tersebut adalah Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus UPMKB, Dr. Kamil Latif, Pengetua Kolej / Ketua Hal Ehwal Pelajar, UPMKB dan En. Mohamad Syukri Mohamad Adnan. Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh En. Nazri Mokhtar, Pengurus Cawangan, Bank Rakyat Cawangan Bintulu bersama En. Mohamad Hisyam Ramli, Penolong Pengurus Cawangan, Bank Rakyat Cawangan Bintulu.

Seluruh warga UPMKB merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

 

 

 

 

Date of Input: 23/11/2021 | Updated: 23/11/2021 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
CUMHHA:07:40