1ST KOREAN AMBASSADOR CUP BRUNEI TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2018 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » 1ST KOREAN AMBASSADOR CUP BRUNEI TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2018

1ST KOREAN AMBASSADOR CUP BRUNEI TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2018

1ST KOREAN AMBASSADOR CUP BRUNEI TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2018

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPMKB telah menghantar seorang pelajar untuk mewakili UPMKB ke pertandingan 1st Korean Ambassador Cup Brunei Taekwondo Championship 2018 yang telah dilangsungkan di Multi Purpose Hall KSNHB Berakas, Bandar Seri Begawan, Brunei Darusalam pada 11 hingga 13 Disember 2018.

Steffano Atom Anak Stephen memenangi pingat perak dalam 3 katogeri yang dipertandingkan iaitu (Mix Pair Poomsae), kategori (Team Poomsae) dan (Individual Poomsae).

Steffano Atom Anak Stephen juga pernah memenangi pingat emas kategori (Mix Pair Poomsae) pingat emas kategori (Team Poomsae) dan pingat perak kategoti (Individual Poomsae) dipertandingan 8th Tirak Taekwondo International Championship 2018 yang telah dilangsungkan di John Paul II Sports Center, University Suvarnabhumi Campus, Bangkok Thailand pada 27 Oktober 2018.

Penyertaan pertandingan seperti ini memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar UPMKB untuk terus maju dalam bidang sukan taekwando ke peringkat yang lebih tinggi. UPMKB juga mengucapkan tahnian dan terima kasih kepada tenaga pengajar En. Pui Jak Joon, pengerusi Kelab Smart Taekwondo Bintulu, yang telah banyak membantu Steffano Atom untuk berjaya dalam bidang yang diminati ini. Semoga dengan kejayaan yang dicapai oleh pelajar ini dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus maju dalam bidang sukan dan kokurikulum yang lain.

Date of Input: 20/12/2018 | Updated: 07/01/2019 | zulkernain

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1576085273