1,925 SESI TEMUDUGA DIJALANKAN SEPANJANG EKSPO KERJAYA MYFUTUREJOBS @ SEMARAK BELIA SARAWAK 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » 1,925 SESI TEMUDUGA DIJALANKAN SEPANJANG EKSPO KERJAYA MYFUTUREJOBS @ SEMARAK BELIA SARAWAK 2023

1,925 SESI TEMUDUGA DIJALANKAN SEPANJANG EKSPO KERJAYA MYFUTUREJOBS @ SEMARAK BELIA SARAWAK 2023

BINTULU: Seramai 1,925 sesi temuduga telah dijalankan sepanjang Ekspo Kerjaya MYFutureJobs @ Semarak Belia Sarawak pada 25 hingga 26 November 2023. Program yang dijalankan bertempat di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB)  ini telah dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Belia, Sukan dan Usahawan Sarawak (MYSED), UPMKB dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sarawak.

Program yang menghimpun 30 majikan ini telah menawarkan sebanyak 1269 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor dan industri. Antara majikan yang terlibat adalah Halliburton Energy Services Sdn. Bhd, Longi Malaysia Sdn. Bhd., PalmHead Group, Shin Yang Wood System & Menawan Wood Sdn. Bhd. dan banyak lagi. Daripada jumlah ini, seramai 199 telah berjaya mendapat pekerjaan manakala 1,079 perlu hadir ke sesi temuduga kedua.

Jurucakap program ini berkata, program ini dijalankan bertujuan bagi membantu golongan pencari kerja mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan latar belakang akademik serta memudahkan masyarakat setempat mendapatkan maklumat peluang pekerjaan yang diingini.

Cik Sweethy Chong, Human Capital Executive daripada Petra Resources Sdn. Bhd., salah seorang wakil majikan yang hadir bagi mencari calon pekerja bagi pihak syarikat berkata, proses pendaftaran calon sepanjang Ekspo Kerjaya MYFutureJobs @ Semarak Belia Sarawak pada kali ini sangat lancar serta fasiliti yang sangat selesa dan sesuai untuk proses temuduga dijalankan. Pesan beliau kepada golongan pencari kerja, calon perlu bersedia terutamanya dari segi resume, salinan sijil akademik serta menggunakan pakaian yang bersesuaian untuk sesi temuduga selain turut meningkatkan kemahiran berkomunikasi ketika hadir temuduga.

Manakala Naoh Manjar anak Frankie Deria, salah seorang calon yang hadir untuk sesi temuduga turut berkata, proses pendaftaran sangat mudah dan beliau banyak dibantu oleh sukarelawan yang bertugas bagi memohon jawatan yang diingini. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Teknologi Petronas telah memohon beberapa jawatan dan berharap akan berjaya mendapat pekerjaan yang telah dihadiri pada sesi temuduga.

 - (Artikel ini disediakan oleh Hairunisah Abdul Rahman, Pegawai Psikologi Kanan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Beliau boleh dihubungi melalui emel: hairunisah@upm.edu.my)

Date of Input: 29/11/2023 | Updated: 29/11/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDEIAs~