Dari Meja Dekan | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» MENGENAI UPMKB » Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan » Dari Meja Dekan

Dari Meja Dekan

KATA ALUAN DEKAN

Assalammualaikum W.B.T.

Selamat datang ke laman sesawang Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengisi ruangan ini dengan ucapan alu-aluan saya. Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) merupakan salah satu fakulti yang telah diwujudkan (bersama Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains serta Institut Ekosains Borneo) di bawah usaha merekayasa UPM Kampus Bintulu Sarawak pada tahun 2018. FSPH telah mula beroperasi secara rasminya pada 1 Julai 2020 dengan ditunjangi oleh 3 (tiga) jabatan iaitu Jabatan Sains Tanaman (JST), Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan (JSHP) serta Jabatan Sains Perhutanan (JSH).

Sebagai salah satu entiti akademik di UPM Kampus Bintulu, FSPH sentiasa bersedia untuk membentuk pelajar supaya menjadi graduan yang sentiasa berfikiran kritis dan kreatif serta cemerlang secara holistik dan seimbang dalam segenap aspek.

Di FSPH, penawaran program pengajian adalah seperti berikut:

  • Master Sains dengan Tesis
  • PhD
  • Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian
  • Diploma Pertanian
  • Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
  • Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
  • Diploma Perikanan
  • Diploma Perhutanan

FSPH bertekad untuk mencapai kecemerlangan dan keunggulan dalam bidang pengajaran, penyelidikan serta khidmat professional dan kemasyarakatan. FSPH dengan kerjasama JST, JSHP dan JSH akan terus mengembleng tenaga untuk meningkatkan visibiliti universiti amnya dan fakulti khasnya untuk menyokong pencapaian objektif pengantarabangsaan UPM.

Saya berharap laman sesawang ini dapat menyumbang kepada semua warga fakulti baik pegawai, pelajar, alumni serta pihak berkepentingan seperti agensi luar dan pelawat umum dalam mengenali FSPH. Semoga melalui laman sesawang ini akan dapat membantu anda semua mengakses dan mengetahui info serta maklumat yang diperlukan dengan lebih terperinci dan jelas.

Wassalam.


Prof. Madya Dr. Noorasmah Binti Saupi
Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Jalan Nyabau
97008 Bintulu Sarawak
Tel: +6086855209
Faks: +6086855255
Emel: dean.fsph_btu@upm.edu.my

Kemaskini:: 01/03/2024 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETAAc~