Perkhidmatan | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» KEMUDAHAN » Perpustakaan » Perkhidmatan

Perkhidmatan

1. PERKHIDMATAN PEMINJAMAN, PEMULANGAN DAN PEMBAHARUAN BAHAN

Perkhidmatan Peminjaman, Pemulangan dan Pembaharuan Bahan disediakan untuk semua mahasiswa, kakitangan UPMKB dan ahli yang berdaftar. Kelayakan pinjaman adalah mengikut kategori pengguna. Pengguna boleh berurusan di Kaunter Utama untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

2. SEWA LACI BERKUNCI

Perpustakaan menyediakan kemudahan sewa laci berkunci untuk kegunaan pengguna yang telah menjadi ahli perpustakaan. Terdapat 228 buah laci berkunci (untuk bulanan) dan 54 buah laci (untuk harian) disediakan untuk disewa. Bayaran bulanan adalah sebanyak RM2.00 untuk sewaan sebulan dan RM0.50 untuk sewaan harian.

3. ALL IN ONE SERVICES

          i) PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DOKUMEN (PPD)

Perkhidmatan Pembekalan Dokumen bertujuan untuk membantu pengguna mendapatkan buku dan artikel jurnal yang tiada di dalam koleksi perpustakaan melalui kerjasama antara perpustakaan dan agensi awam sama ada dari dalam mahupun luar negara. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua mahasiswa dan kakitangan UPM. Walaubagaimanapun, permohonan hanya dibenarkan bagi tujuan tugasan, pengajaran dan penyelidikan sahaja.

         ii) PROGRAM LITERASI MAKLUMAT (PLM)

Program Literasi Maklumat merupakan program tunjuk ajar bagi membantu pengguna menggunakan segala sumber maklumat, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan dengan lebih efisien dan berkesan. Program ini terbahagi kepada 3 iaitu:

     a) Sesi Pengenalan Perpustakaan
     b) Permohonan
     c) Berjadual

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Takwim Program Literasi Maklumat boleh diperolehi di Kaunter Utama perpustakaan.

       iii) BOOK DELIVERY

Perkhidmatan penghantaran buku secara percuma kepada pengguna berdasarkan permohonan yang diterima secara atas talian.

       iv) BOOK FINDING

Perkhidmatan mendapatkan buku yang diperlukan dalam koleksi perpustakaan tanpa perlu mengambil sendiri di rak yang sepatutnya.

       v) CETAKAN

Perkhidmatan mencetak bahan yang dihantar melalui e-mel mengikut kadar bayaran yang berpatutan.

      vi) TEMPAHAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

Perkhidmatan menggunakan fasiliti yang terdapat di perpustakaan     

Sila klik, DISINI atau imbas pada QR-CODE dibawah:

 

 

 

 

Kemaskini:: 04/10/2022 [zulkernain]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdRAo~