KURSUS TEKNIKAL PENTERNAKAN & PEMPROSESAN BERASAKAN TERNAKAN PUYUH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» KURSUS TEKNIKAL PENTERNAKAN & PEMPROSESAN BERASAKAN TERNAKAN PUYUH

KURSUS TEKNIKAL PENTERNAKAN & PEMPROSESAN BERASAKAN TERNAKAN PUYUH


Apa yang menarik?

Para peserta akan didedahkan dengan teori berkaitan penternakan puyuh secara menyeluruh, keperluan prasarana, pengenalan perumahan dan pengurusan ternakan puyuh, taklimat secara teori berkaitan pemakanan, pengurusan kesihatan puyuh, mengetahui berkaitan pengurusan anak puyuh selepas penetasan (perindukan, pembesaran dan pemberian makanan). Disamping itu, praktikal / amali teknik pemilihan telur puyuh untuk tujuan pengeraman dan penetasan, pendedahan teknik pembuatan/penghasilan inkubator secara manual dan kecil-kecilan serta praktikal pembuatan kompos melalui bahan sarap puyuh yang akan dikendalikan pegawai yang berpengalaman.

Tarikh:

10 April 2021 (Sabtu)

Masa:

8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:

Dewan Taklimat, Bangunan Pentadbiran, UPM Kampus Bintulu, Sarawak

Yuran Penyertaan:

RM180.00 (Peserta luar)
RM100.00 (Keluarga Staf UPM)
RM80.00 (Staf/Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)

Sila klik disini untuk mengisi Borang secara online >> KURSUS TEKNIKAL PENTERNAKAN & PEMPROSESAN BERASAKAN TERNAKAN PUYUH

Pertanyaan:

Urusetia:

En. Mohamad Nasri Sinjan
H/P: 013-8040477
Pn. Norbaya Che Rus
H/P: 013-8881446
Tel: 086-855667
Fax: 086-855283

Pegawai Seranta:

Pn. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna (019-8340886)

Tarikh Tutup:

05 April 2021 (Isnin)
 
Nota:

Pembayaran penuh kursus perlu dibuat selewat-lewatnya sebelum atau pada 5 April 2021 (Isnin). Sebarang penarikan diri daripada menyertai kursus selepas tarikh tutup, pembayaran yuran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. Untuk makluman tuan/puan, penganjuran kursus ini nanti bergantung kepada status warna zon Bintulu bagi kes COVID-19. Sekian terima kasih.

Anjuran:

Taman Pertanian Universiti (TPU)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Updated:: 03/03/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BVMLIXk