KINI DIBUKA : PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM BACELOR, DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS UPM, KAMPUS BINTULU, SARAWAK SESI AKADEMIK 2019/2020 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» KINI DIBUKA : PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM BACELOR, DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS UPM, KAMPUS BINTULU, SARAWAK SESI AKADEMIK 2019/2020

KINI DIBUKA : PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM BACELOR, DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS UPM, KAMPUS BINTULU, SARAWAK SESI AKADEMIK 2019/2020



PANDUAN MENGISI DAN MENGHANTAR  BORANG KEMASUKAN PERMOHONAN DALAMAN BAGI PROGRAM BACELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA DENGAN PENGURUSAN


PERMOHONAN KEMASUKAN

  1. Calon hendaklah memastikan bahawa perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi semasa mengemukakan permohonan kemasukan bagi Semester Pertama Sesi 2019/2020 :-

  2. Borang Permohonan Kemasukan lengkap diisi di bahagian yang berkaitan.

  3. Lampirkan salinan sijil dan dokumen seperti berikut:

    Salinan      -    Kad Pengenalan pemohon

    • Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    • Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
    • Keputusan Transkrip Akademik(Asasi/Matrikulasi/Diploma)
    • Keputusan peperiksaan Sijil Malaysian University English Test (MUET)

  4. Salinan kad pengenalan, sijil, transkrip dan dokumen berkaitan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan professional.
  1. Tarikh tutup permohonan pada 30 April 2019

  2. Keputusan permohonan akan diumumkan pada minggu terakhir bulan Julai 2019.  Layari laman sesawang http://www.btu.upm.edu.my/ untuk semakan keputusan.

  3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada ;

Unit Akademik Pusat,
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Jalan Nyabau, Peti Surat 396,
97008 Bintulu, Sarawak.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Akademik Pusat, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak di talian 086-855263 / 086-855311.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS UPM, KAMPUS BINTULU, SARAWAK SESI AKADEMIK 2019/2020

 
*** Mengatasi masalah blank page pada sistem SMP (DALAMAN), Browser Chrome KLIK DISINI./ Browser Mozilla KLIK DISINI.

  1. Permohonan secara dalam talian adalah dibuka kepada calon-calon lepasan Persediaan Diploma Sains UPMKB, lepasan Sijil Pertanian/Veterinar/Ranger Hutan dan lepasan SPM untuk memasuki program Diploma dan Persediaan Diploma Sains di UPM Kampus Bintulu, Sarawak.

  2. Hanya permohonan kemasukan daripada calon di atas sahaja dibenarkan memohon melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan, UPM.

  3. Permohonan boleh dibuat mulai 01 MAC 2019 (JUMAAT) mulai jam 08:00 pagi melalui laman web :-
    https://smp.upm.edu.my/dalaman

  4. Sila baca panduan permohonan seperti dilampirkan dengan teliti sebelum mengisi borang permohonan.

  5. Borang permohonan bersama salinan dokumen berikut hendaklah dihantar kepada :-

    Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa,
    Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik
    Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra,
    Universiti Putra Malaysia,
    43400 UPM SERDANG,
    Selangor.

    Salinan Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
    i. Keputusan SPM
    ii. Keputusan peperiksaan peringkat Sijil / Persediaan Diploma;
    iii. Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa; dan
    iv. Slip pembayaran wang proses.

  6. Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
    Pejabat Am : 603-9769 6059 / 603-9769 6060
    E-Mel : akd@upm.edu.my

  7. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 APRIL 2019 (SELASA).
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS UPM, KAMPUS BINTULU, SARAWAK SESI AKADEMIK 2019/2020

 

  1. Pastikan anda membaca setiap arahan yang dinyatakan sebelum mengakses Borang Permohonan Dalam Talian.

  2. Sila kenal pasti kategori anda :-
    A. Permohonan ke Program Diploma
    i. Lepasan Sijil Pertanian / Sijil Renjer Hutan / Sijil Penternakan = Kategori (SC)
    ii. Lepasan Persediaan Diploma Sains UPM Kampus Bintulu, Sarawak = Kategori (PD)

    B. Permohonan ke Program Persediaan Diploma Sains
    Lepasan SPM tahun semasa atau tahun sebelum yang tidak memenuhi 5 kredit
    i. Lepasan SPM tahun semasa aliran Sains (SA)
    ii. Lepasan SPM tahun semasa aliran Sastera (AA)
    iii. Lepasan SPM tahun 2017 dan sebelum
    - Aliran sains (SC)
    - Aliran Sastera (AC)

    Kesilapan memilih kategori akan membuatkan permohonan anda TIDAK diproses.

  3. Sila kenal pasti program pengajian yang bakal anda pilih.
    (Rujuk Senarai Nama Program dan Syarat Khas Program melalui url kemasukan)
    https://smp.upm.edu.my/promosi

  4. Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan betul dan tepat dalam borang permohonan terutamanya NOMBOR KAD PENGENALAN.

  5. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda ( * ).

  6. Pastikan anda menekan butang SAH dan HANTAR bagi menghantar Borang Permohonan DalamTalian.

  7. Pastikan anda MENCETAK BORANG PERMOHONAN sebagai bukti permohonan telah selamat diterima oleh sistem.

  8. Pastikan anda MEMBUAT SEMAKAN SEMULA Borang Permohonan Atas Talian bagi memastikan anda telah berjaya mengemukakan permohonan.

  9. Bayaran wang proses sebanyak RM15.00 perlu dibayar melalui CIMB BANK BERHAD. CETAK BUKTI PEMBAYARAN wang proses dan hantar bersama borang permohonan. Tulis nama dan nombor kad pengenalan anda pada slip yang dicetak untuk tujuan rujukan.

    (Rujuk pautan ke Pembayaran).
    Maklumat pembayaran adalah seperti berikut :
    No. Akaun Bank : 8002155042
    Nama Bank : CIMB BANK BERHAD
    Nama Akaun : U.P.M COLLECTION
    Cawangan Bank : CAWANGAN UPM SERDANG

  10. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 APRIL 2019 (SELASA).

    Unit Kemasukan
    Bahagian Kemasukan
    Universiti Putra Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE KEMASUKAN KE PROGRAM BACELOR SESI AKADEMIK 2019/2020

 

  1. Permohonan secara dalam talian adalah dibuka kepada calon-calon lepasan Diploma UPMKB, lepasan Asasi Sains Pertanian UPM untuk memasuki program Bacelor di UPM.

  2. Hanya permohonan kemasukan daripada calon di atas sahaja dibenarkan memohon melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan, UPM.

  3. Permohonan boleh dibuat mulai 01 MAC 2019 (JUMAAT) mulai jam 08:00 AM melalui laman web :- https://smp.upm.edu.my/dalaman
  4. Sila baca panduan permohonan seperti dilampirkan dengan teliti sebelum mengisi borang permohonan.

  5. Borang permohonan bersama salinan dokumen berikut hendaklah dihantar kepada :-
    Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa,
    Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik
    Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra,
    Universiti Putra Malaysia,
    43400 UPM SERDANG,
    Selangor.

    Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
    i. Keputusan peperiksaan Diploma/Asasi Sains Pertanian;
    ii. Keputusan MUET;
    iii. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa; dan
    iv. Slip pembayaran wang proses.

  6. Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
    Pejabat Am : 603-9769 6059 / 603-9769 606
    E-Mel : akd@upm.edu.my
  7. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 APRIL 2019 (SELASA).

 

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE KEMASUKAN KE PROGRAM BACELOR SESI AKADEMIK 2019/2020

 

  1. Pastikan anda membaca setiap arahan yang dinyatakan sebelum mengakses Borang Permohonan Dalam Talian.

  2. Sila kenal pasti kategori anda :-
    i. Lepasan Diploma UPMKB = FB
    ii. Lepasan Asasi Sains Pertanian = M2
    Kesilapan memilih kategori akan membuatkan permohonan anda TIDAK diproses.

  3. Sila kenal pasti program pengajian yang bakal anda pilih.
    (Rujuk Senarai Nama Program dan Syarat Khas Program melalui url kemasukan
    https://smp.upm.edu.my/promosi
  4. Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan betul dan tepat dalam borang permohonan terutamanya NOMBOR KAD PENGENALAN.

  5. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda ( * ).

  6. Pastikan anda menekan butang SAH dan HANTAR bagi menghantar Borang Permohonan Atas Talian.

  7. Pastikan anda MENCETAK BORANG PERMOHONAN sebagai bukti permohonan telah selamat diterima oleh sistem.

  8. Pastikan anda MEMBUAT SEMAKAN SEMULA Borang Permohonan Atas Talian bagi memastikan anda telah berjaya mengemukakan permohonan.

  9. Bayaran wang proses sebanyak RM15.00 perlu dibayar melalui CIMB BANK BERHAD. CETAK BUKTI PEMBAYARAN wang proses dan hantar bersama borang permohonan. Tulis nama dan nombor kad pengenalan anda pada slip yang dicetak untuk tujuan rujukan.

    (Rujuk pautan ke Pembayaran).
    Maklumat pembayaran adalah seperti berikut :
    No. Akaun Bank : 8002155042
    Nama Bank : CIMB BANK BERHAD
    Nama Akaun : U.P.M COLLECTION
    Cawangan Bank : CAWANGAN UPM SERDANG

  10. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 APRIL 2019 (SELASA).

    Unit Kemasukan
    Bahagian Kemasukan
    Universiti Putra Malaysia

 *** Mengatasi masalah blank page pada sistem SMP (DALAMAN), Browser Chrome KLIK DISINI./ Browser Mozilla KLIK DISINI.

 

 

Kemaskini:: 08/04/2019 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdJAO~