IKLAN JAWATAN KOSONG : Personel MySTEP 4 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» IKLAN JAWATAN KOSONG : Personel MySTEP 4

IKLAN JAWATAN KOSONG : Personel MySTEP 4

PUSAT PERTANIAN PUTRA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

IKLAN JAWATAN KOSONG

JAWATAN

Personel MySTEP 4

IMBUHAN BULANAN

RM1,400.00

TEMPOH LANTIKAN

Kontrak

PENEMPATAN

Pusat Pertanian Putra, UPMKB

KEMUDAHAN

Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP Dan Perkeso


SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan Personel MySTEP 4 (MS4) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Memiliki Pentaksiran Tingkatan 3 / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada Pentaksiran Tingkatan 3 / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


DISKRIPSI TUGAS:

Bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja ladang projek pertanian di Pusat Pertanian Putra dan lain-lain arahan dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (Kod Dokumen: SOK/BUM/BR03/JAWATAN 02) yang boleh didapati dari laman web UPM Kampus Bintulu Sarawak dengan memuat turun borang di www.btu.upm.edu.my >> MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN JAWATAN KUMPULAN PELAKSANA beserta gambar berukuran passport, resume, sijil/dokumen dan transkrip berkaitan dan hantar permohonan melalui alamat e-mel rossb@upm.edu.my atau masna@upm.edu.my.

(U/P: Pn. Rose Binti Sbee)

PERHATIAN:

  1. Permohonan yang tidak lengkap diisi, lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon akan menyebabkan permohonan tidak diproses;
  2. Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan dan diperakui sahaja akan dipanggil melalui atas talian
  3. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  4. Sila hantarkan borang yang telah lengkap serta sijil/dokumen yang berkaitan ke alamat berikut:


PEJABAT PENTADBIRAN
ARAS 3, BANGUNAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK 97008 BINTULU
SARAWAK

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 02 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT)

Sekian, terima kasih.

Updated:: 26/08/2022 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUBA7~