BIASISWA KURSI TOK NAN TAHUN 2022 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BIASISWA KURSI TOK NAN TAHUN 2022

BIASISWA KURSI TOK NAN TAHUN 2022

 
 
 
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera;
 
Perhatian untuk pelajar Anak Jati Sarawak yang mengambil jurusan berikut sahaja :
 
• Diploma Pembangunan Manusia dan
• Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan.
 
UPMKB mempelawa calon- calon yang layak dan berpotensi untuk memohon penajaan Biasiswa Kursi Tok Nan. Penajaan biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif penubuhan Kursi Tok Nan antara UPM Kampus Bintulu dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam usaha untuk membantu dana pengajian anak tempatan dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusian.
 
Permohonan penajaan biasiswa yang akan dibuka seperti ketetapan berikut :
• Diploma – 22 Februari 2022 sehingga 01 Mac 2022
• Bacelor – 28 Mac sehingga 16 April 2022
 
Bagi pelajar yang berminat bolehlah memohon segera. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada pihak kami menghubungi Puan. Rabaiyah binti Zaini di talian 086-855474 atau emel rabaiyah@upm.edu.my
 
 
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB

Kemaskini:: 17/02/2022 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
WWJdRA:17:58