Agri Clinic@UPMKB (Kursus Pertanian Jangka Pendek) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» PENGEMBANGAN » Pemindahan Teknologi » Agri Clinic@UPMKB (Kursus Pertanian Jangka Pendek)

Agri Clinic@UPMKB (Kursus Pertanian Jangka Pendek)

Mulai September 2021 ini, TPU telah dan akan mengadakan program Agri Clinic@UPMKB dengan kekerapan sekali sebulan dan meliputi pelbagai bidang tajuk.

Untuk tahun 2021, empat (4) program Agri Clinic@UPMKB secara atas talian sepenuhnya telah dirangka dengan tajuk dan tarikh pelaksanaan seperti berikut:

  1. Tanaman Sayuran Sistem Terbuka dan Sistem Tertutup (28 September 2021, 10.00 pagi – 12.00 tengah hari)
  2. Pengurusan dan Kawalan Penyakit Koksidiosis dan Askariasis Pada Ayam (20 Oktober 2021, 9.00 – 11.00 pagi)
  3. Kaedah Penyediaan Baja Foliar dan Baja Organik (25 November 2021, 9.00 – 11 pagi)
  4. Kembang Perut @ Bloat Pada Ternakan Ruminan (14 Disember 2021, 9.00 – 11.00 pagi)

Setiap sesi Agri Clinic@UPMKB ini akan memakan masa dua (2) jam dan dikendalikan secara online sepenuhnya.

Program ini terbuka kepada umum tetapi sasaran utama peserta adalah daripada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Bintulu, agensi-agensi kerajaan di Bintulu dan orang perseorangan yang berminat terutamanya mereka yang pernah menyertai kursus anjuran TPU, UPMKB. 

Kemaskini:: 20/02/2023 [zulkernain]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdCAn~