
Program Putra STEM@UPMKB
Program Putra STEM@UPMKB merupakan program pembangunan komuniti yang mengadunkan pengintegrasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran masa kini. Dalam program ini ia melibatkan pelajar-pelajar sekolah daripada peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat menengah. Program Putra STEM@UPMKB memperincikan kepada enam teras utama iaitu :
- SMK Kidurong
- Biotech
- Summer Camp for primary school
- Buku Putra STEM@UPMKB (Edisi 1)
- Penggunaan konteks pembelajaran yang bermakna dan berkait dengan kehidupan sebenar murid.
- Mencabar potensi murid dengan menggunakan pendekatan Reka bentuk Kejuruteraan (Engineering Design) bagi membentuk pemikiran kritis dan kreatif melalui aktiviti rekabentuk berbantukan teknologi yang berkaitan.
- Murid dapat belajar daripada kegagalan dalam mereka bentuk penyelesaian dalam Reka bentuk Kejuruteraan dengan memperbaiki reka bentuk sedia ada.
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang diintegrasikan dengan Sains dan Matematik serta subjek-subjek yang relevan seperti Kesusasteraan, Kemanusiaan, dan Kajian Sosial.
- Melaksanakan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang berpusatkan murid agar murid dilibatkan secara aktif dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
- Melatih murid untuk bekerjasama dan berkomunikasi dalam menjalankan aktiviti pembelajaran
Kemaskini:: 14/10/2022 [zulkernain]
PERKONGSIAN MEDIA