Zero Waste Campaign | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» Zero Waste Campaign

Zero Waste Campaign

Tarikh    : 29 Jun 2019
Tempat : Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB)

Zero Waste Initiative merupakan salah satu usaha UPMKB bagi menyokong usaha kerajaan dan seterusnya mengekalkan reputasi UPM sebagai kampus hijau. UPMKB beriltizam untuk mempergiat dan memperkasa program kelestarian hijau terutamanya dalam kalangan warga UPMKB. Justeru, Zero Waste Initiative telah dilancarkan pada 29 Jun 2019 yang berteraskan kepada Reduce (Take Less Iaitu Pengurangan Penggunaan Sumber), Reuse (Use Responsibly Iaitu Guna Semula Bahan Yang Boleh Diguna Semula), Recycle (Add Back Iaitu Gunakan Bahan Buangan Untuk Dikompos) dan Repair (Make Better Iaitu Menghasilkan Bahan Yang Lebih Baik). Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam Program Zero Waste Initiative ini adalah larangan penggunaan bahan berunsurkan plastik dan polisterina. Semua pengusaha gerai makanan di medan selera dan Kolej Kediaman UPMKB tidak akan membekalkan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik dan polisterina untuk pelanggan. Jika ada, cuma bekas yang berunsurkan kertas sahaja dibenarkan. Pelajar dan staf UPMKB digalakkan untuk membawa bekas makanan atau air sendiri jika ingin membawa pulang makanan yang dibeli. Pelaksanaan ini turut merangkumi penyediaan makanan untuk keseluruhan aktiviti staf dan pelajar UPMKB. Untuk tujuan promosi, UPMKB juga telah melantik seramai 15 orang pelajar UPMKB untuk menjadi duta kepada kempen ini agar pelaksanaan program ini mendapat liputan yang meluas dalam kalangan pelajar. UPMKB merupakan satu-satunya universiti penyelidikan yang terletak di Borneo. Pembangunan industri di sekitar Bintulu yang kian pesat perlu seiring dengan pembangunan penyelidikan UPMKB. Antara industri yang terdapat di Bintulu adalah loji penapisan dan pemecahan minyak sawit, tapak perindustrian Samalaju, loji gas asli dan lain-lain. Bioproducts ini akan digunakan sebagai tenaga boleh diperbaharui di kampus, yang akan menyokong inisiatif semasa kerajaan negeri Sarawak di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Diharapkan pembangunan kemudahan ini di UPMKB (Biorefinery @ UPMKB) akan membantu Sarawak menjadi pendahulu dalam tenaga biojisim dan akan menggalakkan penjanaan pendapatan UPMKB melalui projek perundingan dan sokongan daripada kerajaan tempatan. Salah satu usaha yang telah dan akan dilaksanakan di UPMKB adalah (Biorefinery @ UPMKB) yang memberi tumpuan kepada penukaran biomas kelapa sawit dan bahan organik lain (sisa pepejal perbandaran, sisa landskap dan minyak masak yang digunakan) ke dalam produk bernilai tambah seperti biochar, biodiesel, biogas dan biocompost. Dengan adanya Biorefinery @ UPMKB ia akan dijadikan sebagai daya tarikan kepada para pelawat dari kementerian, agensi swasta dan awam, universiti, sekolah dan juga dari masyarakat setempat. Ia merupakan kilang perintis pameran bukan sahaja untuk penyelidikan, tetapi juga untuk pembangunan dasar dan projek komuniti. Menyedari betapa pentingnya kemudahan ini, ia akan berusaha untuk meningkatkan visibilitas UPMKB sebagai peneraju Zero Waste Campus bermula pada tahun 2019 dalam usaha penghasilan tiga jenis produk:

  1. Biodiesel daripada minyak masak yang telah digunakan.
  2. Biogas dari sisa pepejal perbandaran.
  3. Biochar dari sisa landskap.


Program Zero Waste Campus ini tidak berhenti di situ sahaja. UPMKB juga telah pun memulakan kempen penjimatan elektrik dan air di UPMKB. Buktinya, menurut data pada tahun 2018, kita mampu membuat penjimatan sebanyak 17.09% untuk elektrik dan 10.9% untuk air. Di masa hadapan, apabila refinary project telah siap sepenuhnya, UPMKB juga akan mengitar semula minyak masak terpakai yang akan dijadikan biodiesel untuk digunakan oleh jentera berat yang menggunakan diesel.

Kemaskini:: 17/12/2019 [zulkernain]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEQRAk~