WEBINAR: PROGRAM OH MY TNR! (TRAP, NEUTER AND RELEASE) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» WEBINAR: PROGRAM OH MY TNR! (TRAP, NEUTER AND RELEASE)

WEBINAR: PROGRAM OH MY TNR! (TRAP, NEUTER AND RELEASE)

Bintulu, 20 Mac – Pelajar Kelab Sains Perikanan dan Haiwan (KESPH) sesi  2020/2021, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan program secara atas talian iaitu Program Oh My TNR! (Trap, Neuter and release) yang telah berlangsung pada hari sabtu 20 Mac 2021. Program ini telah dihadiri oleh tetamu jemputan Dr. Randolf Paza Tsen Sam Shu. Beliau merupakan seorang Chief Veterinarian di Companion Animal Clinic dan juga merupakan Chief Veterinarian Horse unit di Royal Sabah Turf Club di Sabah. Beliau juga merupakan seorang alumni Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Program ini telah berlangsung dari pukul 8:00 pagi sehingga 11:45 pagi dan mempunyai dua slot iaitu “Why TNR?” dan “What are owners responsibility”.

Untuk slot pertama yang bertajuk “Why TNR” slot ini berbentuk ceramah menggunakan aplikasi Cisco Webex di mana tajuk yang dibincangkan mengenai TNR (Trap, Neuter and Release) dan kebaikan TNR (Trap, Neuter and Release)  untuk kucing- kucing dan anjing- anjing liar. Melalui ceramah ini,  pelajar telah mendapat meningkatkan kesedaran mereka terhadap kebajikan haiwan dan juga dapat mempelajari kepentingan mengawal populasi haiwan terbiar. Ceramah ini juga telah menyedarkan masyarakat betapa pentingnya mengawal populasi haiwan terbiar serta mengajar masyarakat kepentingan menjaga kebajikan haiwan.

Slot kedua iaitu “What are owners responsibility” telah diadakan secara forum serta mengadakan sesi soal  jawab. Dalam slot ini  Dr. Randolf telah menjawab soalan- soalan yang dikemukakan oleh peserta yang menyertai Program Oh My TNR! (Trap, Neuter and Release). Antara soalan yang telah dikemukakan kepada beliau adalah “How long does neuter take to heal”. Selain itu, sesi forum juga diadakan bersama Dr. Randolf dan juga moderator iaitu Nor Dalina Binti Nor Azmy.

Menurut Penasihat Kelab kami Dr. Juriah Binti Kamaludeen, beliau amat berpuas hati dengan program yang telah berlangsung. Beliau berkata bahawa dengan adanya Program Oh My TNR! (Trap, Neuter and Release),  masyarakat  sedar akan kepentingan Neutering dan pentingnya penjagaan kebajikan haiwan terbiar. Seramai 200 peserta telah menghadiri Program Oh My TNR! (Trap, Neuter and Release). Dengan adanya program ini pelbagai informasi menarik serta berguna mampu diterapkan dalam setiap individu terutamanya dalam menjaga kebajikan haiwan terbiar.

Soalan -Soalan Sesi Forum :

 

Question 1: What can we provide for the animals to have a comfortable home?

Question 2: Why must we give the animals good food?

Question 3: What are early signs of on heat shown by our pets that we can observe before sending them to the vet?

Question 4: What is the new owner's common mistake?

Question 5: How to avoid overeating and obese toward animal?

Question 6: Why does animal welfare matter?

Question 7: What is the difference between animal welfare and animal rights?

Question 8: What is the potential role of animal welfare in environmental legislation?

Question 9: We as a student, is there any suggestion that we can do for the small animal to improve their quality of life?

Question 10: Animal welfare in Malaysia today has improved a lot compared to 5 years ago, but as we can see most of them only focus on cats and dogs. In your opinion, how can we improve this?

Question 11: What is your opinion on feeding stray animals? Good or bad?

Question 12: What are the basic and important steps for us to follow if we found a sick or injured stray animal? Especially to those who do not have experience with animals?

Question 13: How to educate and increase awareness about animal welfare to the younger generation?

 

 

Kemaskini:: 05/05/2021 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdDAg~