WEBINAR: PELANCARAN DOKUMENTASI KORPORAT BIOINC 1.0 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» WEBINAR: PELANCARAN DOKUMENTASI KORPORAT BIOINC 1.0

WEBINAR: PELANCARAN DOKUMENTASI KORPORAT BIOINC 1.0

BINTULU, 03 April 2021 – Pelancaran Dokumentasi Korporat Bio-Inc 1.0 yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Bio-Inc sesi 2019/2020 telah dijalankan dengan jayanya secara dalam talian melalui aplikasi “Cisco Webex”. Program ini telah melibatkan seramai 70 peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Bioindustri.

Kursus ini dijayakan dibawah bimbingan Dr. Hanisah Kamilah’ Binti Abdul Razak selaku penasihat kelab dengan penglibatan bersama Dr. Zakry Fitri Bin Abdul Aziz, Ketua Jabatan Sains Tanaman selaku tetamu kehormat bagi melancarkan program ini.

Program ini mendedahkan kepada pihak luar secara amnya dan ahli kelab secara khususnya tentang visi, misi, program yang dikelolakan, dan pengalaman yang diperolehi sebagai ahli kelab. Bagi menyediakan video dokumentasi berkaitan kelab sepanjang 10 tahun ditubuhkan, pihak kelab akan melibatkan ahli jawatankuasa kelab, mahasiswa Bacelor Sains Bioindustri (BSBI) selaku ahli kelab aktif, serta alumni kelab dalam menjayakan pengisian video tersebut. Melalui video dokumentasi ini, ahli kelab baharu dapat menjadikan video ini sebagai alat rujukan dalam mengerakkan kelab lebih aktif di masa akan datang.

Menurut Ketua Jabatan Sains Tanaman, Dr. Zakry Fitri Bin Abdul Aziz, program sebegini dapat menjadikan Kelab BioInc untuk terus menjadi platform terbaik bagi ahli kelab untuk terus proaktif, berdaya saing, serta mampu mengangkat nama baik UPMKB ke peringkat yang lebih tinggi.

Syabas dan Tahniah diucapkan !!

PAUTAN LINK PROGRAM :           

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=258405495976634&id=100054215573470

 

Updated:: 17/05/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUTAO~