USAHAWAN SISWA JAYAKAN PROGRAM PUTRA BAKTI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» USAHAWAN SISWA JAYAKAN PROGRAM PUTRA BAKTI

USAHAWAN SISWA JAYAKAN PROGRAM PUTRA BAKTI

BINTULU: Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKH2104 Usahawan Siswa (Kumpulan 1) Semester Pertama Sesi Akademik 2021/2022 telah menganjurkan program Putra Bakti@NoviceEntrepreneurs (Restore our Future) secara dalam talian dengan jayanya pada 23 Oktober lalu.

Program itu bagi memberi pendedahan kepada masyarakat dan membantu memperkasa belia yang terdiri daripada pelajar universiti dalam meningkatkan kemahiran praktikal, kemahiran insaniah dan dalam pengurusan acara. Pada masa sama memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih efektif sekali gus mengaplikasi hasil pembelajaran yang tidak diperoleh dalam kursus akademik yang lain dalam kelas.

Fasilitator Kursus QKH2104 Usahawan Siswa Roslan Ismail berkata, program itu bertujuan mewujudkan minat serta memberi tunjuk ajar kepada golongan muda-mudi yang ingin menceburi dunia keusahawanan. “Program ini merangkumi empat slot iaitu `From Zero to Hero, Teman atau Lawan?, Our Circle dan Minda Kelas Pertama yang mampu membimbing pelajar ke arah pemikiran keusahawanan atau kecenderungan untuk menjadi seorang usahawan melalui pendidikan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, melalui projek keusahawanan, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran teknikal dan insaniah yang dipelajari serta mengetahui cara mengurus perniagaan dan program terutama dalam situasi pandemik pada masa kini. Katanya, golongan muda yang bergelar usahawan akan menghadapi pelbagai masalah berkaitan sumber kewangan mereka terutama semasa pandemik namun dengan bantuan daripada badan-badan kerajaan maka golongan ‘novice’ atau orang baharu dalam dunia keusahawanan akan dapat membangun dan mencapai kejayaan.

Dalam pada itu, pengarah program Mohamad Amirul Afzan Amram berkata, penganjuran Program Putra Bakti@NoviceEntrepreneurs (Restore our Future)diharap dapat memberi kesan positif kepada penganjur dan peserta demi mencapai objektif program ini. “Memiliki kemahiran tambahan sebagai ilmu boleh diaplikasikan bersama-sama kemahiran lain yang mereka perolehi menerusi pengajian,” ujarnya pada majlis penutupan program yang disertai 250 peserta itu.

Jelasnya, kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dan menambah ilmu dalam bidang berlainan membolehkan mereka lebih berdaya saing dalam pasaran kerja. Justeru katanya, pengetahuan pelajar tidak akan terhad ke arah bidang tertentu sahaja bahkan mereka juga mampu meluaskan pengetahuan dalam bidang berlainan daripada kebiasaan keranaprograminimerupakan satu langkah persediaan untuk memulakan sesuatu yang baharu pada bila-bila masa serta berharap penganjuran program ini diteruskan pada tahun depan.

Pada masa sama katanya, ‘Putra Food Bank’ merupakan fasiliti yang disediakan untuk membekalkan makanan serta barang keperluan bagi pelajar golongan asnaf dan fakir miskin dengan slogan ‘Daripada Pelajar Kepada Pelajar Yang Memerlukan’ #UPMCakna.


 

Kemaskini:: 01/11/2021 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETSAq~