Tree Planting Ceremony UPM-Mitsubishi Corporation 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» Tree Planting Ceremony UPM-Mitsubishi Corporation 2019

Tree Planting Ceremony UPM-Mitsubishi Corporation 2019

Tarikh    : 20 April 2019
Tempat : Bukit Nyabau, UPMKB

Program ini merupakan acara tahunan UPM dan Mitsubishi Corporation sejak tahun 1991. Projek kerjasama antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Mitsubishi Corporation yang masuk tahun yang ke 28 ini telah berjaya menanam setengah juta anak benih pokok melibatkan 120 spesies asli Sarawak yang kini mencapai tempoh matang. UPM dan Mitsubishi Corporation telah menjalinkan kerjasama untuk mewujudkan hutan hujan tropika itu sebagai contoh baik kerjasama antara pihak awam dan sektor swasta dari dua negara. Inisiatif UPM dan Mitsubishi Corporation menganjur projek itu sejajar dengan keperluan untuk penanaman lebih banyak pokok di negara ini bagi mengurangkan kesan pelepasan kesan rumah hijau dan menjadi harapan saya melalui program itu dapat melindungi kawasan hutan tropika dari terus berkurangan. Program ini merupakan landasan untuk memupuk pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajar dan komuniti seluruhnya sekali gus menjadikan tempat tersebut sebagai kawasan penyelidikan terutamanya untuk pihak berkepentingan berkongsi pengetahuan berkenaan pembangunan teknik pemuliharaan hutan. Program menandakan usaha berterusan untuk mewujudkan hutan hujan tropika oleh UPM-Mitsubishi Corporation sebagai projek unik dalam penanaman pokok sejak 28 tahun lalu. Lebih 300 peserta dari Mitsubishi Corporation Jepun, kakitangan kerajaan, sektor swasta, kakitangan dan pelajar UPM menyertai program itu membabitkan penanaman 3,000 anak benih pokok spesies tempatan merangkumi kapor, engkabang, jantong, rambutan, pulasan, durian, engkalak, kepayang dan dabai. Sub Komponen Kelestarian Hijau 2 BIL PROGRAM MAKLUMAT Sejak 1991, sejumlah 517,100 anak benih pokok telah ditanam di kawasan itu di bawah projek pemulihan hutan yang diterajui oleh Profesor Datuk Dr. Nik Muhamad Majid dan cara penanaman yang digunakan ialah ‘Miyawaki Method’. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM Profesor Dr. M Iqbal Saripan mewakili Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Dato Dr. Aini Ideris, Ketua Pasukan Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Kelestarian Korporat Mitsubishi Corporation Tokyo Jepun Michael Lagowski, Ketua Projek UPM-Mitsubishi Profesor Dato Dr. Nik Muhamad Majid, Pengarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak Profesor Dr. Bujang B. K. Huat, pengerusi penganjur penanaman pokok UPM-Mitsubishi 2019 Dr. Zamri Rosli, dekan, serta kakitangan UPM.

Kemaskini:: 17/12/2019 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdQAp~