Tree Planting Ceremony UPM-Mitsubishi Corporation 2018 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Tree Planting Ceremony UPM-Mitsubishi Corporation 2018

Tree Planting Ceremony UPM-Mitsubishi Corporation 2018

Tarikh    : 14 April 2018
Tempat : Bukit Nyabau UPMKB

Program ini merupakan acara tahunan UPM dan Mitsubishi Corporation sejak tahun 1991. Projek kerjasama antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Mitsubishi Corporation yang masuk tahun yang ke 27 ini telah berjaya menanam setengah juta anak benih pokok melibatkan 130 spesies asli Sarawak yang kini mencapai tempoh matang. UPM dan Mitsubishi Corporation telah menjalinkan kerjasama untuk mewujudkan hutan hujan tropika itu sebagai contoh baik kerjasama antara pihak awam dan sektor swasta dari dua negara. Inisiatif UPM dan Mitsubishi Corporation menganjur projek itu sejajar dengan keperluan untuk penanaman lebih banyak pokok di negara ini bagi mengurangkan kesan pelepasan kesan rumah hijau dan menjadi harapan saya melalui program itu dapat melindungi kawasan hutan tropika dari terus berkurangan. Program ini merupakan landasan untuk memupuk pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajar dan komuniti seluruhnya sekali gus menjadikan tempat tersebut sebagai kawasan penyelidikan terutamanya untuk pihak berkepentingan berkongsi pengetahuan berkenaan pembangunan teknik pemuliharaan hutan. Program menandakan usaha berterusan untuk mewujud hutan hujan tropika oleh UPM-Mitsubishi Corporation sebagai projek unik dalam penanaman pokok sejak 27 tahun lalu. Seramai 300 peserta terdiri daripada wakil Mitsubishi Corporation Jepun, kakitangan kerajaan, sektor swasta, kakitangan dan pelajar UPM menyertai program itu membabitkan penanaman 3,100 anak benih pokok spesies tempatan merangkumi kapor, engkabang, jantong, rambutan, pulasan, durian, engkalak, kepayang dan dabai. Sub Komponen Kelestarian Hijau 2 BIL PROGRAM MAKLUMAT Sejak 1991, sejumlah 514,100 anak benih pokok telah ditanam di kawasan itu di bawah projek pemulihan hutan yang diterajui oleh Profesor Datuk Dr. Nik Muhamad Nik Ab. Majid dan cara penanaman yang digunakan ialah ‘Miyawaki Method’. Turut hadir ialah Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Dato Dr. Aini Ideris, Ketua Pasukan Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Kelestarian Korporat Mitsubishi Corporation Tokyo, Jepun En. Yutaka Uno, Ketua Projek UPM Mitsubishi Profesor Dato Dr. Nik Muhamad Nik Ab. Majid, pengerusi penganjur penanaman pokok UPM-Mitsubishi 2018 Dr. Zamri Rosli, Dekan, wakil agensi luar serta kakitangan dan pelajar UPM.


Updated:: 17/12/2019 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUNAF~