Ritual Sabak Bebuah Kaum Iban | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Ritual Sabak Bebuah Kaum Iban

Ritual Sabak Bebuah Kaum Iban

B) Ritual Sabak Bebuah Kaum Iban

Introduction:

Masyarakat Iban mempercayai bahawa senikata di dalam ritual Sabak Bebuah adalah sebagai pembimbing kepada roh si mati kepada Dunia Kematian yang dinamakan Sebayan. Sabak Bebuah merupakan Puisi Rakyat bagi masyarakat Iban yang dipersembahkan semasa upacara kematian bagi mereka yang menganuti kepercayaan animisme atau pengarap lama yang menaruh penuh kepercayaan kepada Petara atau Tuhan. Di kalangan masyarakat Iban, kematian merupakan pertukaran pemberian di antara komuniti yang masih hidup dan roh nenek moyang yang telah begitu lama meninggalkan dunia ini. Lazimnya, Sabak Bebuah dicipta oleh komuniti wanita yang imaginatif, kreatif dan fasih dalam mempersembahkan lirik Sabak Bebuah. Ini bermaksud kaum wanita mempunyai kemahiran untuk menyebut dan menyatakan idea dengan tersusun semasa persembahan Sabak Bebuah. Peranan sebagai Tukang Sabak biasanya dimainkan oleh komuniti wanita yang berkebolehan untuk membimbing roh si mati ke alam Sebayan. Kebiasaannya Tukang Sabak terdiri dalam kalangan wanita disebabkan mempunyai perwatakan yang lemah lembut serta mempunyai perasaan kasih sayang yang lebih daripada kaum lelaki.



Pictures:



 

Publication


Prosiding

  1. Mangai Anak Tugau, Mohamad Maulana Magiman & Franklin Ragai Kundat (2019). Ritual Sabak dalam budaya masyarakat Iban di daerah Sebauh, Sarawak. International Conference On Social Sciences And Humanities. 8-9 Oktober 2019. Parkcity Elerly Hotel, Bintulu Sarawak.

 

For more further enquiries:

Dr. Mohamad Maulana Bin Magiman
Senior Lecturer
Department of Social Science and Management
Faculty Of Humanities, Management And Science
Tel: +6086 855218
Email: mdmaulana@upm.edu.my

Updated:: 24/08/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZWAN~