Ritual Nyangahant Kaum Salako | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Ritual Nyangahant Kaum Salako

Ritual Nyangahant Kaum Salako

D) Ritual Nyangahant Kaum Salako

Introduction:

Nyangahatn merupakan salah satu ritual yang dominan dalam masyarakat Salako. Ritual Nyangahant telah wujud dalam masyarakat Salako sebelum migrasi besar-besaran ke Sarawak sekitar 1800-an. Agama Salako (adat) yang tidak ditulis (anan’ baketab) menyebabkan ritual Nyangahant ini kurang mendapat perhatian umum dan makalah berkaitannya amat sukar diperolehi kerana kebanyakan kajian di Sarawak sebelum ini lebih tertumpu kepada etnik majoriti seperti Iban, Melayu dan Melanau. Oleh yang demikian, makalah ini akan membincangkan ritual Nyangahant yang menjadi warisan budaya masyarakat Salako. Usaha mengetengahkan makalah ini adalah sebagai salah satu bentuk warisan nenek moyang yang masih lagi diteruskan sehingga kini dan perlu diketahui umum. Fokus penyelidikan adalah meneliti pengendalian dan fungsi ritual Nyangahant dalam masyarakat Salako di daerah Sematan, Sarawak. Pengumpulan data dilakukan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan. Temu bual mendalam bersama Binua dan Tuha Adat, iaitu orang yang terlibat dalam upacara masyarakat Salako. Manakala lokasi kajian di Kampung Biawak, daerah Sematan, Sarawak. Hasil kajian mendapati ritual Nyangahant masih dilakukan oleh masyarakat Salako dengan prosedur dan pantang larang yang tetap dijaga dan diamalkan secara turun-temurun untuk mencapai tujuan ritual tersebut walaupun berdepan dengan cabaran arus kemodenan dan pegangan agama.



Pictures:



 

 

Publication


Journal

  1. Mohamad Maulana Magiman, Hazizy Hanis, Mangai Tugau, (2020), The Symbol Rituals of Salako Community in Sarawak. Opcion. Ano 36, Especial No. 26,. 3005-3023.

Prosiding

  1. Hazizy Hanis & Mohamad Maulana Magiman (2019). Ritual Nyangahant Masyarakat Salako Sarawak. ICOSSH. Kuching Sarawak. 160-171.

 

For more further enquiries:

Dr. Mohamad Maulana Bin Magiman
Senior Lecturer
Department of Social Science and Management
Faculty Of Humanities, Management And Science
Tel: +6086 855218
Email: mdmaulana@upm.edu.my

Updated:: 24/08/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYBAk~