BINTULU – 6-7 MAC 2020 - Kejohanan PUTRA the worrior INEFFABLE STRIKER HANDBALL TOURNAMENT 2020 yang dianjurkan oleh pelajar Kursus QKS2103 Bola Baling (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020 telah dijalankan dengan jayanya di Gelanggang Futsal / Bola Baling Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).
Kejohanan ini telah dikelolakan oleh 36 orang pelajar dengan bimbingan Encik Koleh Anyan selaku Fasilitator dan dibantu oleh 4 orang pengadil jemputan. Sebanyak 6 pasukan sekitar Bintulu dan sebuah pasukan dari Sibu telah menyertai program ini.
Program ini telah berjaya memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim antara pelajar UPMKB dan peserta pertandingan/program sepanjang ianya berlangsung. Di samping itu program ini juga telah memberi peluang kepada para pelajar UPMKB untuk mempelajari pelbagai kemahiran teknikal permainan dan juga memantapkan kemahiran insaniah diri pelajar.
Syabas dan tahniah diucapkan.
Updated:: 02/07/2020 [lanz]
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia