PROGRAM TALK BLOOD DONATION : PENDERMA DARAH, WIRA NEGARA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» PROGRAM TALK BLOOD DONATION : PENDERMA DARAH, WIRA NEGARA

PROGRAM TALK BLOOD DONATION : PENDERMA DARAH, WIRA NEGARA

BINTULU, Sabtu - Pada 10 April 2021 yang lalu, telah berlangsung program yang bertajuk Talk Blood Donation yang dianjurkan oleh Kelab Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Program ini telah dilaksanakan secara  maya melalui aplikasi Google Meet  dengan penyertaan seramai 218 orang peserta terdiri daripada Pelajar dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Program yang berbentuk ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Ling Wei Wen yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan Unit Tranfusion Medicine di Jabatan Patologi, Hospital Bintulu, Sarawak  dengan slot  ceramah iaitu  Penderma Darah, Wira Negara. Program Talk Blood Donation secara ringkasnya bertujuan memberikan penerangan secara lebih terperinci tentang kebaikan dan kesan – kesan  menderma  darah kepada masyarakat.

Hasil daripada program ini, banyak info yang berguna dan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa dengan menderma darah, kita dapat menyelamatkan nyawa tanpa mengira agama, budaya dan juga dianggap sebagai satu sedekah di mana terdapat pahala dalam bersedekah. “Antara kebaikan bersama menderma darah, darah akan diuji di makmal dan ini membolehkan kita mengetahui kumpulan darah serta masalah kesihatan yang kita hadapi, ”  menurut Dr. ling Wei Wen lagi.

Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat dari tahun ke tahun dewasa ini hasil perkembangan hasil industri kesihatan di dalam negara ini. Seperti slogan yang ada mengatakan bahawa setiap kali menderma darah, anda mampu menyelamatkan sekurang – kurangnya satu nyawa.

Menurut Penasihat Program, Dr. Ong Kian Huat selaku Penasihat kelab Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM),UPMKB, beliau sangat berpuas hati dengan program ini telah berlangsung dengan jayanya dan berhasrat akan mengadakan program seumpama ini dengan program yang lebih menarik dan bermanfaat. Beliau mengakhiri program dengan ucapan setinggi penghargaan kepada penceramah jemputan dan semua Ahli kelab BSMM yang terlibat sepanjang program tersebut dijalankan.

Syabas dan Tahniah diucapkan.

 

Berikut turut disertakan beberapa gambar aktiviti semasa program berlangsung:


 

 

Kemaskini:: 19/07/2021 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcXAR~