PROGRAM PUTRA BLASTER “INOVASI PENCETUS MINDA KREATIF” | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PROGRAM PUTRA BLASTER “INOVASI PENCETUS MINDA KREATIF”

PROGRAM PUTRA BLASTER “INOVASI PENCETUS MINDA KREATIF”

BINTULU 7-8 Mac, – Pelajar Kursus QKI2101 Inovasi dan Reka Cipta (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akedemik 2019/2020, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan Program Putra Blaster di SMK Kemena.

Program Putra Blaster ini dikendalikan oleh 35 orang mahasiswa dibawah pimpinan Dr. Omar Faruqi Bin Marzuki selaku fasilitator. Seramai 80 orang peserta telah menyertai program ini. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya Kaedah Pembuatan Roket Air, Kostum Kitar Semula, Drawing Symbols, Bina Bandar dan Treasure Hunt.

Putra Blaster berjaya mencungkil bakat para pelajar dan mendedahkan maklumat serta pengetahuan tentang budaya pemikiran secara kreatif, inovatif dan kompeten. Selain itu juga, program ini memberi pelajar cara yang baru dan menarik untuk mempelajari kebolehupayaan yang mereka perlukan untuk berjaya di sekolah dan kehidupan.

Syabas dan tahniah diucapkan!

Updated:: 02/07/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXOAG~