PROGRAM PUTRA BAKTI@AGRIWORLD | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» PROGRAM PUTRA BAKTI@AGRIWORLD

PROGRAM PUTRA BAKTI@AGRIWORLD

Pada 6 hingga 8 Mac 2020 yang lalu, pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 2) Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020 telah berjaya menganjurkan Program Putra Bakti @AgriWorld bertempat di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).

Program ini dikendalikan oleh 30 orang pelajar UPMKB yang diketuai oleh Pn. Dayang Kamisiah bt Awang Sebi sebagai Fasilitator dengan jumlah keseluruhan peserta adalah 100 orang pelajar sekolah menengah sekitar Bintulu .

Program ini telah mencapai objektif penganjurannya dan sekaligus mampu memberikan impak positif kepada pelajar dan komuniti setempat terutamanya pelajar sekolah menengah yang terpilih untuk menyertai program tersebut.  Melalui program ini pelajar UPMKB mampu melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan selain memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu pengetahuan. Di samping itu  ia juga dapat memupuk nilai-nilai murni dan pengajaran yang baik untuk dijadikan sebagai pencetus inspirasi dalam kehidupan.

Untuk peserta pula, mereka  dapat mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan di UPMKB sekaligus memotivasikan mereka untuk menuntut ilmu di sini melalui pelbagai aktiviti ceramah yang telah dijalankan seperti pengenalan jenis sistem penanaman, penjagaan ikan, sistem hidroponik serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan rekreasi perhutanan.

Tahniah dan syabas diucapkan.

Kemaskini:: 02/07/2020 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdXAx~