PROGRAM PHOENIX BACK TO BASIC 2.0 MENDAPAT SAMBUTAN SELURUH NEGARA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PROGRAM PHOENIX BACK TO BASIC 2.0 MENDAPAT SAMBUTAN SELURUH NEGARA

PROGRAM PHOENIX BACK TO BASIC 2.0 MENDAPAT SAMBUTAN SELURUH NEGARA

Bintulu, 10 April, - Baru- baru ini, Kelab Bola Tampar UPMKB Putra Phoenix Sesi Akademik 2020/2021 telah berjaya mengadakan Program Phoenix Back To Basic 2.0.  Program yang berlangsung selama satu hari ini menjemput penceramah yang berpengalaman luas dan berpengetahuan tinggi  dalam sukan bola tampar. Dua penceramah yang dimaksudkan ialah Encik Yew Yii Hock merupakan mantan Jurulatih Sukan Sea 2011 dan Encik Syariful Anwar Bin Anhar merupakan Jurulatih Bola Tampar Peringkat Kebangsan. Program ini juga hasil usaha sama semua ahli kelab di mana menjemput Ahli kelab Bola Tampar Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mizan, Kuala Kangsar, Perak. Program ini melibatkan seramai 161 orang peserta.

Ceramah secara talian dengan menggunakan Cisco webex ini membincangkan mengenai  tiga slot utama. Slot yang pertama ialah Slot Traverse The Volleyball.  Slot yang kedua ialah Volleyball Home World : My Journey. Program diakhiri dengan slot Pop Quiz : Got The VB Vibe? . Slot terakhir ini di mana peserta menjawab quiz yang disediakan melalui Kahoot. Disamping itu,  sesi soal jawab juga di akhir slot sedikit sebanyak  memberi pencerahan tentang teknik bermain bola tampar yang betul agar kecederaan atau kemalangan ketika bermain bola tampar dapat dielakkan sekaligus dapat menambah ilmu pengetahuan daripada mereka.

Oleh sebab terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan, Encik Syariful Anwar tidak dapat menghadiri program di saat akhir, slot Traverse The Volleyball   disampaikan oleh Encik Uriandi , seorang pemain bola tampar daripada Indonesia yang cukup hebat. Beliau juga menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman beliau sepanjang bergelar pemain bola tampar. Para peserta begitu kagum apabila Encik Uriandi bercerita sedikit perbezaan permainan bola tampar zaman kecilnya berbanding sekarang.

Seterusnya, Slot Volleyball Home World : My Journey disampaikan oleh Encik Yew Yii Hock, seorang guru yang merupakan mantan jurulatih sukan SEA 2011. Beliau amat berpendidikan dan berpengalaman dalam sukan bola tampar. Beliau memberi pencerahan mengenai sukan bola tampar dan menceritakan serba sedikit pengalaman beliau sepanjang bergelar jurulatih. Beliau juga memberi pencerahan mengenai teknik-teknik yang ada di dalam sukan bola tampar dan beberapa teguran dan nasihat kepada para peserta terutamanya mengenai aktiviti pemanasan badan yang perlu dititik beratkan sebelum mula bermain bola tampar. Para peserta banyak bertanyakan soalan mengenai sukan bola tampar termasuk syarat-syarat permainan dan juga peraturan-peraturan permainan bola tampar.

Akhir sekali, Slot Pop Quiz : Got The VB Vibe? . Para peserta menjawab quiz yang disediakan melalui Kahoot. Terdapat 3 pusingan dan satu pusingan bonus diadakan. Jumlah pemenang yang akan mendapat hadiah berupa wang tunai seramai 10 orang. Seterusnya, program diakhiri dengan baik dan lancar.

Menurut Penasihat Program merangkap penasihat kelab Bola Tampar Putra Phoenix, UPMKB,  Encik Roslan Bin Ismail, beliau sangat berpuas hati semasa program ini berlangsung kerana banyak ilmu dan pengalaman yang telah dijayakan oleh penceramah berkobolehan banyak membantu peserta lebih berkeyakinan dan berjiwa kental dalam program ini. Diharapkan semua Ahli kelab dan peserta akan dapat manfaat dan akan menambah baik setiap kekurangan program ini di masa akan datang.

Syabas dan tahniah diucapkan!!

Updated:: 06/05/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZKAh~