PROGRAM MARTIAL ARTS, DEFEND YOURSELF MEMBERI IMPAK YANG BAIK DALAM MENYEMAI PERASAAN CINTA AKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DALAM GOLONGAN MASYARAKAT | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PROGRAM MARTIAL ARTS, DEFEND YOURSELF MEMBERI IMPAK YANG BAIK DALAM MENYEMAI PERASAAN CINTA AKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DALAM GOLONGAN MASYARAKAT

PROGRAM MARTIAL ARTS, DEFEND YOURSELF MEMBERI IMPAK YANG BAIK DALAM MENYEMAI PERASAAN CINTA AKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DALAM GOLONGAN MASYARAKAT

BINTULU, 21 Ogos 2021: Kelab Taekwondo dan Kelab Silat Pewaris Putra, Sesi Akademik 2020/2021 daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan program Martial Arts, Defend Yourself melalui aplikasi CISCO WEBEX pada 21 Ogos 2021 dengan jayanya. Program ini melibatkan 305 orang peserta di mana 215 orang peserta merupakan pelajar UPMKB serta staf UPMKB,  manakala selebihnya adalah peserta luar. Kursus ini juga bermula daripada jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Ilmu pertahanan diri mampu menyelamatkan kita daripada bahaya yang tidak dijangka atau apabila berlaku sebarang kecemasan. Kita bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa diri sendiri, malahan masyarakat sekeliling. Melihat kepada senario itu, kelab Silat Pewaris Putra berkobolarasi bersama Kelab Taekwondo dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) buat julung kalinya telah melaksanakan program ceramah bertajuk   Martial Arts, Defend Yourself yang berbentuk perkongsian ilmu dan pengalaman panel penceramah. Kita dapat memperolehi pelbagai kebaikan dengan mempelajari seni pertahanan diri. Jadi, kita tidak seharusnya beranggapan bahawa seni tersebut tidak lagi sesuai dengan arus pembangunan masa kini dan mengabaikannya. Dengan itu, kita perlulah bertanggungjawab bagi memastikan adat lama tersebut “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Pelbagai pihak harus memberi kerjasama dalam usaha dan dapat menyumbangkan kerjasama, sudah pasti keindahan seni pertahanan diri dapat dipelihara kerana “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Presiden Kelab Taekwondo, Kishorra Kobbin berkata program Martial Arts, Defend Yourself merupakan program yang menerangkan tentang kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri, keunikan taekwondo dan silat. Seni pertahanan diri merupakan satu kaedah yang wujud bagi seseorang mempertahankan diri daripada serangan musuh. Ia merupakan kaedah berlawan secara tradisi dengan atau tanpa menggunakan senjata. Seni pertahanan diri telah lama wujud sejak berkurun abad dahulu. Ujarnya dalam program ini yang telah dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi CISCO WEBEX baru-baru ini. Menurut beliau, diharapkan agar kedua-dua kelab ini akan terus mengadakan program sebegini di masa akan datang dengan pelbagai slot yang bermanfaat dan menarik untuk menambahkan ilmu pengetahuan kepada semua yang menyertainya.

Sehubungan itu, penceramah jemputan pada hari tersebut iaitu En. Steffano Atom Anak Stephen, En. Pui Jak Joon dan En. Muhammad Al Izzuddin Bin Mohd Rozali berasa sangat gembira  dan berbesar hati kerana telah dijemput sebagai penceramah jemputan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ramai peserta pada pagi tersebut. Sepanjang program ini berlangsung, mereka telah berkongsi banyak maklumat berkenaan dengan seni mempertahankan diri. Terdapat 3 slot, dimana slot pertama adalah ceramah “Kepentingan Mempelajari Seni Mempertahankan Diri”. Seterusnya, ceramah “Keunikan Taekwondo” dan diikuti dengan ceramah “Keunikan Silat”.

Syabas dan Tahniah diucapkan.

 

 

GAMBAR TANGKAPAN SKRIN PROGRAM MARTIAL ARTS, DEFEND YOURSELF

GAMBAR TANGKAPAN SKRIN SEBELUM SESI CERAMAH DIMULAKAN :

 

GAMBAR TANGKAPAN SKRIM SEMASA SESI CERAMAH DIJALANKAN :


 

GAMBAR TANGKAPAN SKRIN SELEPAS SESI CERAMAH DIJALANKAN ATAU PENUTUPAN :

 

 

 

Updated:: 09/09/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZVAm~