PROGRAM INSPIRASI PUTRA SIRI 9 (KIP 9) MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DARI WARGA UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PROGRAM INSPIRASI PUTRA SIRI 9 (KIP 9) MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DARI WARGA UPMKB

PROGRAM INSPIRASI PUTRA SIRI 9 (KIP 9) MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DARI WARGA UPMKB

BINTULU, 14 Ogos hingga 15 0gos 2021:  Kelab Putra Al-Ukhuwwah (KEPUTRA) daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan Program Inspirasi Putra Siri 9 (KIP 9) melalui aplikasi CISCO WEBEX pada 14 Ogos hingga 15 Ogos 2021 dengan jayanya. Program ini melibatkan 100 orang peserta di mana 60 orang peserta merupakan pelajar dan staf UPM manakala selebihnya adalah peserta luar. Kursus ini juga berlangsung selama dua hari berturut-turut pada hari pertama bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 1.00 petang manakala hari yang kedua pula bermula pada masa yang sama dan berakhir pada jam 2.30 petang.

Elemen akhlak, moral dan nilai-nilai murni menjadi salah satu unsur yang penting dalam membentuk jati diri seseorang dan akhlak dalam pergaulan mereka. Oleh itu, kita sebagai masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab mestilah mengamalkan nilai-nilai dalam kehidupan agar kita dapat menjadi insan yang berakhlak mulia dan dapat menjaga budi pekerti dengan baik. Dalam konteks yang lain pula, insan yang berakhlak mulia boleh mempengaruhi orang lain untuk melakukan kebaikan. wajib bagi kita berpegang teguh kepada agama dan mengamalkan ajarannya kerana setiap ajaran agama pasti menekankan penerapan nilai-nilai murni dalam diri penganutnya umpama peribahasa ilmu pelita hidup. Benarlah bahawa ilmu menjadi penyuluh kepada kehidupan dan agama menjadi penyinar kehidupan. Salah seorang penceramah program ini, Cikgu wan Juliana berkata “Tanpa ilmu maka pincanglah kehidupan manusia, tanpa agama maka runtuhlah akhlak manusia. Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri mereka malahan mereka juga boleh menyumbangkan tenaga mereka untuk membangunkan agama, bangsa dan negara. Dari segi agama, mereka boleh menyampaikan ceramah yang boleh menyedarkan manusia tentang kehebatan agama Islam dan mendidik masyarakat supaya mematuhi ajaran-ajaran agama”. Jelasnya.

Timbalan Presiden Kelab Putra Al-Ukhuwwah (KEPUTRA), Hannan Qishthina binti Mohd Faidzal berkata Program Inspirasi Keputra Siri 9 (KIP 9) merupakan salah satu cara yang dapat dilaksanakan bagi menerapkan nilai dan sahsiah yang baik dalam diri dan kehidupan seseorang pelajar. Hal ini sedikit sebanyak dapat membuka mata mahasiswa tentang kepentingan agama sehingga mampu membentuk sahsiah anak muda bercirikan islam pada masa kini. Ujarnya dalam program ini yang telah dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi CISCO WEBEX  baru-baru ini. Menurut beliau , kelab ini akan terus mengadakan program sebegini di  masa akan datang dengan pelbagai slot yang bermanfaat dan menarik untuk menambahkan ilmu pengetahuan kepada semua yang menyertainya.

Sehubungan  itu, penceramah jemputan pada hari tersebut iaitu Ustaz Muhammad Firdaus Bin Abu Bakar Al-Hafiz, Ustaz Sahrul Khair Bin Osman, Ustazah Wan Juliana Mohd Zain dan Encik Radhi Bin Musa. Mereka berasa sangat gembira kerana telah dijemput sebagai penceramah jemputan  dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ramai peserta pada hari tersebut. Sepanjang program ini berlangsung, para penceramah telah berkongsi sebanyak 4 slot ceramah. Slot pertama bertajuk “Akhlak Pergaulan Dalam Islam”. Seterusnya, “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, “Penghayatan Budaya Ilmu” dan diikuti dengan slot yang terakhir ialah “Islam dan cabaran semasa”.

Syabas dan Tahniah diucapkan.

 

GAMBAR TANGKAPAN SKRIN PROGRAM INPIRASI PUTRA SIRI 9 (KIP 9)

GAMBAR TANGKAPAN SKRIN SEBELUM SESI CERAMAH DIMULAKAN :

GAMBAR TANGKAPAN SKRIN SELEPAS SESI CERAMAH DIJALANKAN ATAU PENUTUPAN :

Updated:: 26/08/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXXAc~