PERTANDINGAN DEBAT PIALA DYMM SULTAN ZAINAL ABIDIN 2020 (PDSZA2020) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PERTANDINGAN DEBAT PIALA DYMM SULTAN ZAINAL ABIDIN 2020 (PDSZA2020)

PERTANDINGAN DEBAT PIALA DYMM SULTAN ZAINAL ABIDIN 2020 (PDSZA2020)

TERENGGANU 2 Feb 2020 - Pertandingan Akhir Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin 2020 (PDSZA2020) anjuran Universiti Teknologi Mara Cawangan Terengganu Kampus Dungun (UiTM) telah berlangsung dengan jayanya. Sebanyak 24 buah pasukan debat Bahasa Melayu telah menyertai PDSZA2020 pada kali ini yang terdiri daripada cawangan-cawangan UiTM Semalaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang (UPM) dan Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Untuk kategori debat Bahas Inggeris pula menyaksikan sebanyak 6 buah pasukan yang terdiri daripada cawangan-cawangan UiTM Semalaysia telah menyertai pertandingan tersebut.

Pasukan Debat UPMKB telah berjaya melayakkan diri sehingga ke persidangan kelima pada PDSZA2020 kali ini namun tidak berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 8 pasukan terbaik bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati suku akhir PDSZA2020. Secara keseluruhannya, pasukan UPMKB Berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-16 terbaik setelah menewaskan pasukan UniKL, UPM Serdang, dan beberapa pasukan lain daripada cawangan-cawangan UiTM Semalaysia.

Johan keseluruhan PDZSA2020 kategori debat Bahasa Melayu pada kali ini dinobatkan kepada pasukan UiTM Shah Alam selepas berjaya mengalahkan pasukan UniSZA pada persidangan akhir PDSZA2020. Bagi kategori debat Bahasa Inggeris pula, Johan disandang oleh pasukan UiTM Seremban selepas mengatasi pasukan UniSZA pada persidangan akhir PDSZA2020.

Tahniah dan syabas diucapkan. Anda mempunyai bakat? Sila maklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPMKB. Bersama kita mengharumkan nama UPMKB.

Updated:: 01/07/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUJAL~