PERTANDINGAN BIO-INC E-SPORT ONLINE CLOSED TOURNAMENT 2021 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» PERTANDINGAN BIO-INC E-SPORT ONLINE CLOSED TOURNAMENT 2021

PERTANDINGAN BIO-INC E-SPORT ONLINE CLOSED TOURNAMENT 2021

BINTULU, 12 MAC- 14 MAC 2021- PERTANDINGAN BIO-INC E-SPORT ONLINE CLOSED TOURNAMENT 2021 yang dianjurkan oleh Kelab Bacelor Sains Bioindustri (BIO-INC) telah dijalankan dengan jayanya secara atas talian bermula 12 hingga 14 Mac 2021. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar Bacelor dan Diploma daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).

Sebanyak dua (2) permainan atas talian telah dipertandingkan dalam program ini iaitu permainan Mobile Legend (ML) dan PlayerUnknown’s Battleground (PUBG). Program telah dirasmikan oleh Dr. Hanisah Kamilah’ Binti Abdul Razak yang merupakan penasihat kelab Bio-Inc. Seramai 82 peserta daripada pelajar UPMKB telah mengambil bahagian dalam program ini. Siaran lansung pertandingan juga ditayangkan di laman facebook rasmi kelab Bio-Inc dan telah seramai 42 orang penyokong telah menyaksikan siaran lansung selama dua hari.

Pertandingan Mobile Legend (ML) telah dimenangi oleh pasukan Kill Stealers, Naib Johan pasukan SAO dan Tempat Ketiga pasukan Amplang Rangupzz. Manakala bagi pertandingan PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) Johan adalah pasukan Angsa Hitam Gaming, Naib Johan pasukan Foxxy Roar dan Tempat Ketiga pasukan Santuy Gang.

Program ini dilihat berjaya dalam melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi dan berintelektual. Mahasiswa juga dapat memanfaatkan waktu lapang dengan menyertai program anjuran universiti serta dapat membina cara komunikasi yang baik dan berkesan. Selain itu, program ini berjaya mengembangkan e-Sukan dalam kalangan mahasiswa memandangkan permainan atas talian telah diikitiraf sebagai salah satu sukan yang dipertandingkan sehingga peringkat antarabangsa.

Syabas dan Tahniah diucapkan !!

 

 

Kemaskini:: 17/05/2021 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdGAH~