Message From Campus Director | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Message from Campus Director

Message from Campus Director

Selamat Datang ke Laman Web Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, Destinasi Pendidikan Tinggi Anda.

Sejak pembukaan semula kampus pada tahun 2001, UPM Kampus Bintulu Sarawak sangat komited dalam menyediakan program pengajian terbaik kepada pelajar untuk melahirkan graduan berkualiti dengan kebolehpasaran yang tinggi serta relevan dengan keperluan industri. Hari ini, UPM Kampus Bintulu menawarkan pengajian di peringkat Master dan PhD dalam 42 bidang pengajian, 3 program Bacelor dan 7 program Diploma. Sehingga tahun 2021, beberapa program baharu akan ditawarkan, menjadikan kesemuanya 4 program Master secara kerja kursus, 8 program Bacelor, 10 program Diploma selain pengajian Master dan PhD secara penyelidikan dalam 45 bidang pengajian. Perkembangan ini adalah untuk menyokong 5 tujahan utama penawaran program akademik dan penyelidikan di UPMKB iaitu dalam bidang Tenaga Diperbaharui, Kimia Industri, Ekonomi Sosial, Pertanian dan Perhutanan.

Sebagai salah sebuah universiti penyelidikan terunggul di Malaysia, UPM termasuklah kampus di Bintulu aktif melaksanakan penyelidikan yang menyumbang kepada penemuan baru dan aplikasi hasil penyelidikan kepada komuniti, industri, kerajaan maupun masyarakat antarabangsa. Terbaharu, UPM Kampus Bintulu telah mempunyai sebuah Ladang Model Penanaman Lada Sarawak untuk tujuan komersil, pembangunan penyelidikan (R&D) dan khidmat komuniti.

Sesuai dengan motto UPM iaitu ‘Berilmu Berbakti’, UPM Kampus Bintulu sangat teruja untuk berkongsi kepakaran UPM melalui jaringan industri dan masyarakat. UPM Kampus Bintulu sangat aktif melibatkan diri dalam program berimpak tinggi, pembangunan komuniti dan pemindahan teknologi serta penglibatan pelajar dalam aktiviti khidmat kemasyarakatan.

Kami percaya pelajar berkualiti lahir daripada penerapan ilmu yang seimbang meliputi bidang akademik, ko-kurikulum, keagamaan, kemahiran insaniah dan pembangunan sahsiah pelajar. UPM Kampus Bintulu Sarawak yang damai sangat sesuai untuk pembelajaran dan pengalaman kehidupan kampus yang menyeronokan.

Pihak universiti sangat menitikberatkan keselamatan pelajar sepanjang berada di dalam kampus dan menyediakan kemudahan pembelajaran terkini selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda ke UPM Kampus Bintulu Sarawak untuk menjadi pelajar, membuat penyelidikan, menjadi pelawat maupun menjadi rakan jaringan strategik UPMKB.

 

Profesor Dr. Bujang B. K. Huat
Pengarah Kampus

Updated:: 27/04/2018 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1571248612