KURSUS TEKNIKAL TEKNIK PENGHASILAN BENIH UDANG GALAH (Macrobrachium Rosenbergii) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» KURSUS TEKNIKAL TEKNIK PENGHASILAN BENIH UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii)

KURSUS TEKNIKAL TEKNIK PENGHASILAN BENIH UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii)


 

Apa yang menarik?

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan hidupan akuatik yang hidup di dalam sungai. Kelazatan dan keenakan udang ini menjadi menu utama di dalam majlis keramaian mahupun perayaan. Udang galah merupakan sejenis hidupan akuatik yang memiliki sepasang penyepit biru yang panjang dan badan bersegmen. Udang galah termasuk di dalam kumpulan krustacea yang hidup di dasar sungai. Habitat udang galah sentiasa berubah-ubah mengikut peringkat larva, pasca larva dan dewasa. Fenomena migrasi udang galah dari air tawar ke air payau bertujuan untuk pembiakan semulajadi dan sebagai melengkapi kitaran hidup udang galah tersebut. Teknik penghasilan benih udang galah secara komersial boleh dijalankan bertujuan untuk mengekalkan populasi di samping menjana pendapatan ekonomi penduduk setempat. Perpindahan teknologi terkini di dalam penghasilan udang galah dapat meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti hasil ternakan udang galah. Oleh itu, program “Teknik Penghasilan Benih Udang Galah” dapat memberi pendedahan awal kepada peserta di dalam program yang bakal dianjurkan nanti. Hasil dari program ini juga, peserta berpeluang menceburkan diri di dalam penghasilan benih dan penternakan udang galah pada masa hadapan.

Para peserta akan didedahkan dengan teori berkaitan pembiakan, penternakan, pemakanan dan pengurusan kesihatan udang galah serta pendedahan secara praktikal mengenai teknik pembenihan, pengurusan benih, pemberian makanan dan kualiti air udang galah serta pendedahan di dalam aktiviti penyediaan makanan larva udang galah (makanan awal) yang akan dikendalikan pegawai yang berpengalaman.


Tarikh:
23 – 24 Julai 2022 (Sabtu dan Ahad)

Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Dewan Kuliah Pusat 2B (Teori)
Unit Hatcheri dan Kolam Ikan (Praktikal)

Yuran Penyertaan:
RM300.00 (Peserta luar)
RM200.00 (Staf, Keluarga dan Pelajar UPM)
 
Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus

Sila klik disini untuk mengisi Borang Penyertaan secara online dan maklumat kursus :
 
 

Pertanyaan:

Urusetia:
Pn. Noor Irawati Ahmad
H/P: 019-2463160
Cik Renee Sherna Laing
H/P: 010-9642037
Tel: 086-855667
Fax: 086-855283

Pegawai Seranta:
Dr.Carlina Freddie Simol @ Rachellynna
H/P: 019-8340886

Tarikh Tutup:
01 Julai 2022 (Jumaat)
 
Nota:
1. Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup 1 Julai 2022 (Jumaat). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya .
2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 1 Julai 2022 (Jumaat).
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.


Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Updated:: 24/05/2022 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZFAU~