KURSUS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL MENJADI PERHATIAN WARGA UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» KURSUS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL MENJADI PERHATIAN WARGA UPMKB

KURSUS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL MENJADI PERHATIAN WARGA UPMKB

BINTULU, 19 Jun 2021:  Kelab Sains Bioindustri (BioInc) daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan Kursus Protokol Dan Etiket Sosial melalui aplikasi CISCO WEBEX pada 19 Jun 2021 dengan jayanya. Kursus ini melibatkan 184 orang peserta di mana 108 orang peserta merupakan pelajar dan staf UPM manakala selebihnya adalah peserta luar. Kursus ini juga berlangsung daripada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Ilmu mengenai tatacara protokol yang sebenar, pengurusan majlis rasmi dan juga etika penampilan diri yang menarik dan sesuai adalah elemen penting dan memberi gambaran positif bagi individu dan organisasi amnya. Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, Dr. Zamry bin Rosli berkata, kursus ini bertujuan untuk memberi  pendedahan kepada orang ramai berkaitan tatacara protokol dan etiket sosial yang sebenar serta dapat dipraktikkan pada masa akan datang. “Dalam menggenggam harapan untuk menjadi masyarakat yang berpengetahuan luas dan berkeyakinan tinggi, anda bukan sahaja perlu bijak berbicara, tetapi harus juga mempunyai tingkah laku yang beradab dan beretika serta memiliki penampilan kendiri yang sempurna dalam pergaulan dan perlakuan seharian sebagai persediaan menempuhi alam pekerjaan serta urusan harian rasmi dan tidak rasmi kelak”. Jelasnya.

Presiden Kelab Sains Bioindustri, (BioInc), Samual Ding Sigo berkata Kursus Protokol Dan Etiket Sosial merupakan kursus yang menerangkan tatacara pengurusan majlis rasmi, protokol raja-raja dan bahasa istana serta turut memberi pencerahan kepada setiap individu dalam penambahbaikan penampilan kendiri yang lebih mantap dan menyediakan diri untuk menghadapi alam pekerjaan. Ujarnya dalam kursus ini yang telah dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi CISCO WEBEX  baru-baru ini. Menurut beliau , kelab ini akan terus mengadakan kursus sebegini di  masa akan datang dengan pelbagai slot yang bermanfaat dan menarik untuk menambahkan ilmu pengetahuan kepada semua yang menyertainya.

Sehubungan  itu, penceramah jemputan pada hari tersebut iaitu Tuan Sophian AB Rahman yang merupakan Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara berasa sangat gembira kerana telah dijemput sebagai penceramah jemputan  dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ramai peserta pada malam tersebut. Sepanjang program ini berlangsung, beliau telah berkongsi sebanyak 3 slot ceramah berkenaan dengan protokol dan etiket sosial. Slot pertama ialah Ceramah Protokol Raja. Seterusnya, Ceramah Protokol Pengurusan Majlis dan diikuti dengan Ceramah Etiket Sosial dan Meja Makan.

Syabas dan Tahniah diucapkan.

 

GAMBAR TANGKAPAN SKRIN PROGRAM KURSUS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

GAMBAR TANGKAPAN SKRIN SEBELUM SESI CERAMAH DIMULAKAN :

 

GAMBAR TANGKAPAN SKRIM SEMASA SESI CERAMAH DIJALANKAN :

GAMBAR TANGKAPAN SKRIN SELEPAS SESI CERAMAH DIJALANKAN ATAU PENUTUPAN :

 

 

 

Updated:: 19/07/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZLAm~