KURSUS PENTERNAKAN KAMBING | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» KURSUS PENTERNAKAN KAMBING

KURSUS PENTERNAKAN KAMBING



Apa yang menarik?

Peserta kursus akan didedahkan dengan potensi bidang penternakan kambing di Bintulu khasnya dan di Sarawak amnya, jenis dan baka kambing, sistem penternakan dan perumahan kambing. Pengurusan kambing iaitu pembiakbakaan, induk bunting, kelahiran, pengurusan makanan, jenis makanan, pemberian makanan, komposisi makanan dan rawatan asas ternakan sakit juga akan diperincikan.

Demonstrasi sistem perumahan kambing, ujian libido pembiakbakaan kambing penjantan dan betina terpilih, kaedah pengekangan, pemotongan kuku dan rawatan kembung perut akan dikendalikan oleh pegawai yang berpengalaman.

Tarikh:
25 Jun 2022 (Sabtu)

Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Dewan Kuliah Pusat 2B, UPMKB (Teori)
Unit Ternakan Kambing, Ladang Kongsi 1 (Pratikal)

Yuran Penyertaan:
RM150.00 (Peserta luar)
RM100.00 (Staf, Keluarga dan Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)

Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus.

Sila klik disini untuk mengisi Borang Penyertaan secara online dan maklumat kursus :
 


Pertanyaan:

Urusetia:
Pn. Noor Irawati Ahmad
H/P: 019-2463160
Cik Renee Sherna Laing
H/P: 010-9642037
Tel: 086-855667
Fax: 086-855283

Pegawai Seranta:
Dr. Zaidi Suif
H/P: 013-8400851

Tarikh Tutup:
17 Jun 2022 (Jumaat)

Nota:
1. Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup 17 Jun 2022 (Jumaat). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya .
2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 17 Jun 2022 (Jumaat).
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.

Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Kemaskini:: 27/05/2022 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdPAE~