KURSUS PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» KURSUS PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR

KURSUS PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR

Apa yang menarik?

Industri penternakan ikan air tawar merupakan industri perikanan ternakan yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada penternak jika diusahakan secara bersungguh-sungguh dan konsisten. Contoh-contoh jenis ikan air tawar yang mempunyai pasaran tinggi adalah seperti tilapia, keli, jelawat, patin dan ikan baung. Oleh itu, UPM Kampus Bintulu komited untuk menganjurkan kursus dan latihan kepada masyarakat bagi menggalakkan penglibatan komuniti setempat terutamanya golongan belia (Agropreneur muda) dalam industri akuakultur. Inisiatif ini tidak lain adalah langkah untuk memajukan penternakan industri ikan air tawar negara khususnya di Sarawak. Kursus ini akan memberi panduan kepada peserta yang ingin menternak ikan air tawar mengenai keperluan umum, penyediaan kolam, pengurusan dan penyelenggaraan harian sehingga penuaian serta pemasaran. Turut dikongsikan juga ialah ilmu pengetahuan tentang pengurusan kesihatan ikan, penyediaan makanan ikan, teknik pasca tuai serta tips untuk tambah nilai hasilan tuaian dan penyelesaian kepada masalah yang sering dihadapi oleh penternak.

Tarikh :
15-16 Julai 2023 (Sabtu & Ahad) 2 hari

Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat :
Pusat Pertanian Putra, UPMKB (Teori) Unit Akuakultur & Hatcheri (Praktikal)

Penceramah :
Dr. Wan Zabidii Wan Morni

Fasilitator :
En. Lirong Yu Abit

Yuran Penyertaan :
RM300.00 (Peserta luar)
RM200.00 (Staf dan Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)

Link pendaftaran: https://forms.gle/RZ86MWyUoQRG7BYN8

Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan.

Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus Tarikh Tutup : 22 Mac 2023 (Rabu)

Pertanyaan

Urusetia:
En. Hazman Mohd. Julaihi H/P: 011-25634022
atau
Cik Josephine Jawai Makos H/P: 013-7073252
Tel: 086-855667
Fax: 086-855283

Pegawai Seranta:
Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna H/P: 019-8340886
En. Ayum Balai H/P: 019-8551378

Nota:

  1. Penganjuran kursus akan DIBATALKAN sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada *tarikh tutup 22 Mac 2023 (Rabu)*. Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.
  2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 22 Mac 2023 (Rabu).
  3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.


Anjuran:

Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

 

Updated:: 03/03/2023 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYCA5~