KURSUS PENGURUSAN PASTURA DAN PEMBUATAN SILAJ MAKANAN TERNAKAN RUMINAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» KURSUS PENGURUSAN PASTURA DAN PEMBUATAN SILAJ MAKANAN TERNAKAN RUMINAN

KURSUS PENGURUSAN PASTURA DAN PEMBUATAN SILAJ MAKANAN TERNAKAN RUMINAN



Apa yang menarik?
Kursus ini akan membantu para peserta, penternak serta bakal pengusaha foder makanan ruminan dengan memdedahkan kaedah penanaman pastura, cara pembajaan yang disyorkan dan kaedah pemotongan pastura yang betul. Kaedah penuaian dan pembuatan silaj juga akan diperincikan.

Dengan adanya pengetahuan yang disampaikan, para peserta, bakal pengusaha foder ternakan dan penternak sedikit sebanyak dapat menjana hasil pastura yang berterusan untuk kegunaan ternakan sendiri bagi mengurangkan kos pembelian makanan ternakan. Selain itu, rumput pastura yang berkualiti boleh dijual kepada penternak sekitar yang sentiasa memerlukan rumput segar.

Tarikh:
10 Ogos 2024 (Sabtu)

Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Pusat Pertanian Putra, UPMKB (Teori)
Unit Pastura (Praktikal)

Penceramah:
Dr. Zaidi Suif

Fasilitator:
Cik Josephine Jawai Makos

Yuran Penyertaan:
RM180.00 (Peserta luar)
RM150.00 (Staf, **Ahli keluarga staf dan Pelajar UPM)

**Ahli keluarga staf - pasangan staf, anak-anak staf dan ibu bapa staf UPM
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)

Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan.

Tarikh Tutup:
31 Julai 2024 (Rabu)

Link pendaftaran >>> https://forms.gle/Fcfa3dmkrSpWCnjg7

Pertanyaan

Urusetia:
Puan Nurliyana Bin Mahdar
H/P: 011 - 25634022
Tel. Pejabat: 086 - 855667
No. Fax Pejabat: 086 - 855283

Pegawai Seranta:
Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna - 019 - 8340886
Dr. Zaidi Bin Suif - 013 - 8400851
Cik Josephine Jawai Makos - 013 - 7073252

Nota:
1. Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada *tarikh tutup 31 Julai 2024 (Rabu)*. Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.
2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 31 Julai 2024 (Rabu).
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.

Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Updated:: 07/05/2024 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
WXFbJAx~