Apa yang menarik?
Kursus ini akan membantu para peserta, penternak serta bakal pengusaha foder makanan ruminan dengan memdedahkan kaedah penanaman pastura, cara pembajaan yang disyorkan dan kaedah pemotongan pastura yang betul. Kaedah penuaian dan pembuatan silaj juga akan diperincikan. Dengan adanya pengetahuan yang disampaikan, para peserta, bakal pengusaha foder ternakan dan penternak sedikit sebanyak dapat menjana hasil pastura yang berterusan untuk kegunaan ternakan sendiri bagi mengurangkan kos pembelian makanan ternakan. Selain itu, rumput pastura yang berkualiti boleh dijual kepada penternak sekitar yang sentiasa memerlukan rumput segar.
Tarikh:
21 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:
Pusat Pertanian Putra, UPMKB (Teori)
Unit Pastura (Praktikal)
Penceramah:
Dr. Zaidi Suif
Fasilitator:
Cik Josephine Jawai Makos
Yuran Penyertaan:
RM150.00 (Peserta luar)
RM100.00 (Staf dan Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)
Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus
Tarikh Tutup:
30 September 2023 (Jumaat)
Link pendaftaran, klik >>> DISINI
Pertanyaan
Urusetia :
Puan Nurliyana Bin Mahdar
H/P: 011 - 25634022
Tel. Pejabat: 086 - 855667
No. Fax Pejabat: 086 - 855283
Pegawai Seranta:
Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna - 019 - 8340886
Dr. Zaidi Bin Suif - 013 - 8400851
Cik Josephine Jawai Makos - 013 - 7073252
Nota:
1. Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup 04 Ogos 2023 (Jumaat). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.
2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 04 Ogos 2023 (Jumaat) .
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.
Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Updated:: 10/08/2023 [lanz]
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia