KURSUS ASAS PENJAGAAN DAN PENGHASILAN BENIH UDANG PUTIH (Penaeus vannamei)
Apa yang menarik?
Udang Putih atau nama saintifiknya Penaeus vannamei merupakan hidupan akuatik yang hidup di dalam perairan marin dan payau. Industri penternakan udang putih lebih cepat mendatangkan keuntungan berbanding ikan (tilapia, patin, siakap dan lain-lain) kerana tempoh penternakan adalah singkat dari 3 hingga 4 bulan. Disamping itu, faktor saiz udang yang hampir seragam sepanjang penternakan memudahkan urusan pemasaran hasilan kepada pemborong atau pelanggan. Dari segi permintaan, udang putih menjanjikan permintaan yang tinggi serta mudah dalam urusan untuk mendapatkan pembeli. Kelazatan dan keenakan udang ini membuat ia menjadi antara menu utama di dalam kebanyakkan majlis keramaian mahupun perayaan. Selain itu, udang putih juga kebiasaan digunakan sebagai umpan memancing di kolam-kolam rekreasi dan sungai di Malaysia.
Teknik penghasilan benih udang putih secara komersial boleh dijalankan bertujuan untuk mengekalkan serta meningkatkan populasi di samping menjana pendapatan ekonomi penduduk setempat. Perpindahan teknologi terkini di dalam penghasilan udang putih dapat meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti hasil ternakan udang putih.
Oleh itu, program “Kursus Asas Penjagaan dan Penghasilan Benih Udang Putih” dapat memberi pendedahan awal kepada peserta di dalam program yang bakal dianjurkan nanti. Hasil dari program ini juga, peserta berpeluang untuk menceburkan diri di dalam penghasilan benih dan penternakan udang putih pada masa hadapan. Para peserta akan diterapkan dengan teori berkaitan pembiakan, penternakan, pemakanan dan pengurusan kesihatan udang putih. Disamping itu, pendedahan secara praktikal mengenai teknik pembenihan, pengurusan benih, pemberian makanan dan kualiti air udang putih juga ditekankan serta aktiviti penyediaan makanan larva udang putih (makanan awal) yang akan dikendalikan oleh pegawai yang berpengalaman.
Tarikh:
25-26 November 2023 (Sabtu & Ahad) 2 hari
Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:
Pusat Pertanian Putra, UPMKB (Teori)
Unit Akuakultur & Hatcheri (Praktikal)
Penceramah:
Dr. Wan Zabidii Wan Morni
Fasilitator:
En. Lirong Yu Abit
Yuran Penyertaan:
RM300.00 (Peserta luar)
RM200.00 (Staf dan Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)
Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus
Tarikh Tutup:
27 Oktober 2023 (Jumaat)
Link pendaftaran: https://forms.gle/T65njic3PgDh3ZBx6
Pertanyaan
Urusetia:
Puan Nurliyana Bin Mahdar
H/P: 011 - 25634022
Tel. Pejabat: 086 - 855667
No. Fax Pejabat: 086 - 855283
Pegawai Seranta:
Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna - 019 - 8340886
En. Ayum Balai - 019-8551378
Cik Josephine Jawai Makos - 013 – 7073252
Nota:
1. Penganjuran kursus akan DIBATALKAN sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup 27 Oktober 2023 (Jumaat). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.
2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 27 Oktober 2023 (Jumaat).
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.
Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Kemaskini:: 09/10/2023 [lanz]
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia