KLINIK ASAS HOKI UPMKB 2020 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» KLINIK ASAS HOKI UPMKB 2020

KLINIK ASAS HOKI UPMKB 2020

BINTULU 29 FEB – 01 MAC 2020 – Klinik Asas Hoki UPMKB 2020 ini dianjurkan oleh pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2016 Hoki (Kumpulan 1) Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020 dan telah dijalankan dengan jayanya di UPM Kampus Bintulu. Program ini telah disertai oleh 33 pelajar UPMKB di bawah bimbingan En. Mohammad Thaqif Tong selaku Fasilitator Kursus ini.

Sambutan dan penyertaan peserta pada kali ini amat memberangsangkan dengan penyertaan seramai 81 orang pelajar sekolah menengah daripada tiga (3) buah sekolah di bandar Bintulu iaitu SMK Bandar Bintulu, SMK Kidurong dan SMK Assyakirin. Antara pengisian program pada kali ini ialah Pengenalan Asas Hoki, Taktikal dan Perlawanan Persahabatan.

Kesimpulannya, klinik ini secara tidak langsung memumpuk semangat kesukanan dan mengasah bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan peserta terutamanya sukan hoki sekaligus diharap mampu mencapai pencapaian tertinggi yang boleh mengharumkan nama negara pada masa akan datang. Untuk pelajar UPMKB pula, klinik ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran insaniah masing-masing dan sekaligus memberi pengalaman dalam pengendalian sesuatu acara mahupun majlis rasmi.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Updated:: 01/07/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZOA2~